suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, October 18, 2010

Pemilihan PKR 2010:Masam-masam manis

1. Wan Azizah dah sah tetap duduk di kerusi nombor 1 dalam PKR bila tidak ada sesiapa yang berani dan tidak mampu untuk mencabar. Atau mungkin juga sudah jadi satu 'trend' yang di-amalkan oleh parti-parti politik yang ada dalam Malaysia, yang jangan 'gatai pungkok' mahu mencabar 'boss' nombor 1 dalam parti masing-masing.

2. Pertandingan untuk post nombor 2 pula, gurkah-gurkah politik di'port' kata ...woww..!! bahaya beb..!!, lebih bahaya dari lebuhraya-lebuhraya maut yang dikenal pasti kerana kemalangan mautnya, sebab pertandingan untuk post ini terlalu banyak selekoh, banyak u-turn dan banyak exit dan susur-susur keluar.

3. Untuk kerusi nombor 2, yang sudah disahkan bertanding, dan gurkah-gurkah politik di'port' pun sudah dapat signal, akan menyaksikan 2 taikor besar dan 1 taikor kecil dalam 3 corner. Azmin Ali, Zaid Ibrahim ini taikor besar dan Mustaffa Kamil adalah taikor yang sedang dilatih.

4. Kalau tidak sebab kereta Khalid Ibrahim yang tiba-tiba pancit di-tengah jalan pada last-last minit, tentu kita boleh tengok 4 orang akan berebut post nombor 2. Gurkah-gurkah politik di'port' sangka kereta Khalid Ibrahim pancit sebab kena paku, rupa-rupanya bukan ada paku pun, tetapi ada 'kutu' sudah buang dia punya angin tayar daaa..!...dia telah di'pressure' supaya 'stay away' dan hormat pada Anwar Ibrahim yang kata Azmin is the next Deputy after Syed Husin Ali.

5. Zaid Ibrahim pula sudah masuk dalam frame untuk lawan nombor 2 selepas kena 'main' daaa... bila satu perjumpaan rahsia, di satu 'port' rahsia di TTDI khamis lepas, dan dia juga sudah setuju untuk turun ke-nombor 3. Zaid Ibrahim ni pun 'Jin tak ada tuan' juga, jadi bila dia sudah tengok 'gambar&skrip' sudah jadi lain keesokan harinya, maka Zaid terpaksa patah balik untuk nombor 2.

6. Azmin yang dah tau sangat yang dia akan dapat duduk di tempat nombor 2, awal-awal lagi sudah warning calon-calon yang sama-sama minat nombor 2 supaya tidak main kotor dan tidak berdisiplin dalam kempen mereka selepas mendapat tahu yang ada cubaan pakatan rahsia @ 'compromise' pada perjumpaan rahsia antara Zaid Ibrahim dengan 3 wanita khamis lepas, walaupun pakatan rahsia itu sudah tak jadi kenyataan.

7. Penutup kata, gurkah-gurkah politik di'port' salute dekat hero kita, yang walaupun tak menang tangan dengan kes mahkamah, persidangan parlimen, nak counter bajet 2011 sebagai Ketua Pembangkang, dia masih tetap memperlihatkan kemampuannya sebagai seorang pemimpin besar dan seorang 'political genius' dalam mengawal keadaan dan suasana pada pemilihan parti PKR ini daripada jadi caca-merba!



dollah yankee -
Cantikk kalau dapat ujudkan barisan ini ... Anuar Ibrahim, Azizah,Azmin,Zaid Ibrahim,Khalid Ibrahim,Tian Chua,Chegu Bard,Shamsul Iskandar.

No comments:

Post a Comment