suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, October 19, 2010

Pemilihan PKR 2010:Lancar saja manifesto kempen, Azmin sudah 60% mendahului lawan-lawannya


'Lelaki ini telah di-takdirkan menduduki Putrajaya', mungkin macam tu lah kot bunyi yang lebih kurang cuba digambarkan melalui header baru blog Azmin Ali ini http://www.azminali.com/

Dengan berbaju putih lengan panjang dan bertali leher, dengan tangan kanan sedang melambai membalas lambaian daripada rakyat marhein, sambil tersenyum dengan penuh keyakinan dengan berlatar belakangkan bumbung pejabat Perdana menteri di-Putrajaya. Cantikk..! memang cantikk !, memukau daripada header asal yang bewarna kuning dan merah.

Header baru bewarna biru laut ini diletak ketika Azmin melancarkan manifesto kempennya untuk bertanding jawatan nombor 2 setelah terlalu lama menunggu signal dari Anwar yang sebelum ini telah mencuba Chandra Muzafar dan Syed Husin.

Manifesto itu juga dilancarkan selepas dia melakukan pertemuan dengan bekas-bekas orang kuat PRM termasuk beberapa kumpulan-kumpulan NGO dan termasuk juga Dr.Mat Nur Manuty dari ABIM yang telah berjanji akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk Azmin mengambil alih jawatan Timbalan Presiden PKR.

'Ahli politik dan manifesto', erti sebenar manifesto bagi gurkah-gurkah politik di'port' ialah, ianya lebih kurang macam janji-janji dan rancangan yang berbentuk tulisan dari seorang ahli politik kepada pengundi-pengundinya.

Manifesto yang telah dilancarkan oleh Azmin sepertimana dalam posting beliau itu telah menarik perhatian gurkah-gurkah politik di'port'. Gurkah-gurkah ini sudah kata yang manifesto Azmin ini lebih hebat dari manifesto Najib nak bina banggunan 100 tingkat di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur semasa membentang bajet 2011.

Dengan pelancaran manifesto dari Azmin ini, secara tak langsung dia telah pun mendahului kira-kira 50 - 60 % peluang untuk menang berbanding dengan Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub.


dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' kata susah bagi Zaid Ibrahim dalam pemilihan ini sebab Zaid Ibrahim sedang berhadapan dengan orang yang telah mengujudkan PKR.

No comments:

Post a Comment