suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, October 02, 2010

Ohh..ingatkan nak gaduh lagi!

"Woitt..mai cepat, hari tu di Lunas, hindu dengan melayu bergaduh, sampai sekarang pun polis dok stand-by disana, hari ni di Butterworth pulak. Depa siap buat khemah. Cepat! mai..!" Gurkah-gurkah politik di'port' tiga empat orang pun bergegas ke Butterworth setelah menerima panggilan telefon pagi-pagi buta kelmarin dari seorang sahabat disana.

Rupa-rupanya sahabat ini sudah tersilap daa.. dia 'nahi-nahi' ingatkan hindu nak bergaduh pulak dengan melayu macam mana di Lunas, tetapi yang sebenarnya hindu-hindu ini berkemah di depan panggung wayang di Jalan Bagan Luar sejak jam 7 pagi hanya kerana tidak mahu terlepas untuk mendapatkan tiket untuk filem yang paling mahal lakunan Superstar Rajinikanth yang ditunggu-tunggu ramai Enthiran.

Adalah difahamkan yang filem Enthiran ini, yang bermakna Robot dalam bahasa Telugu dan Hindi akan ditayangkan di 300 buah panggung diluar India, yang menjadikannya sebagai filem kedua terbesar yang di-tayangkan selepas Spiderman.

Filem ini juga akan di-tayangkan di China dan benua Eropah dimana Superstar Rajinikanth ini dikatakan mempunyai begitu ramai peminat sepertimana juga di Jepun.


dollah yankee -
Tetap rekomen 'wira pandiyan kotta bomai' sebuah filem berkisar tentang perjuangan politik.

No comments:

Post a Comment