suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, October 15, 2010

Mister pusing-balik

Pagi-pagi lagi gurkah-gurkah politik di'port' sudah 'terbakar perut', sudah 'hot'. Jual nama ketua dalam mana-mana persidangan pemilihan calon-calon yang bertanding adalah perkara biasa dan selalu terjadi dalam umno. Tapi bila kes macam ini terjadi dalam pesta pemilihan PKR, itu lah yang buatkan gurkah-gurkah politik di'port' ini begitu terbakar dengan Shamsul.

Shamsul Iskandar, sebelum ini sudah bagi tau dekat semua orang dalam Malaysia, ahli-ahli PKR terutamanya, yang dia akan tinggalkan jawatan Ketua AMK yang dipegang selama ini untuk merebut jawatan yang lebih senior iaitu Naib Presiden, walaupun dalam masa yang sama dia juga telah menerima pencalonan kedua tinggi selepas Chegu Bard untuk jawatan ketua AMK.

Tup..tup.. sudah dengar gurkah-gurkah yang bekerja untuk si-Shamsul Iskandar dalam kempen pemilihan ini, sudah pukul canang kata yang Anwar Ibrahim sudah suruh Shamsul pertimbangan semula cita-citanya yang mahu ke-jawatan Naib Presiden. Bila gurkah-gurkah politik di'port' sudah dengar 'tembakan' ini, fahamlah mereka yang group Shamsul sudah mula mau jual nama Anwar Ibrahim, sudah mula kata yang Shamsul adalah orang yang Anwar mahu.

Gurkah-gurkah politik di'port' pula kata Shamsul sudah kena penyakit Dollah Badawi 'kaki tidur', iaitu penyakit 'flip-flop'.

Shamsul yang sebelum ini telah mendapat pencalonan tertinggi untuk jawatan Nnaib Presiden itu, terpaksa buat u-turn untuk patah balik. Ini kerana dia baru teringat dan baru nampak yang dia terpaksa berdepan dengan taikor-taikor besar yang ada dalam PKR yang sama-sama inginkan jawatan naib presiden.

Setelah 'confirm' yang Shamsul buat u-turn, gurkah-gurkah Shamsul pun terus mainkan isu 'Shamsul orang Anwar' ini bila mereka pula sudah nampak yang Chegu Bard merupakan calon favourate untuk menang bagi jawatan ketua AMK, mula main 'game' kata Anwar tak mau Chegu Bard untuk jawatan ketua AMK walaupun Chegu Bard ini berkahwin dengan anak penakan Anwar.

Sedangkan relitinya pemimpin-pemimpin tinggi dalam PKR pun tak berapa suka Shamsul mengetuai AMK, tetapi anak-anak muda di-'grassroots' pula tidak keberatan untuk menerima Shamsul menjadi ketua mereka.


dollah yankee -

Kalau tengok Shamsul dengan Chegu Bard, nampak jelas yang karisma Chegu Bard lebih menyerlah dari Shamsul sebagai Ketua AMK.

No comments:

Post a Comment