suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, October 09, 2010

Lagi sikit hari, nak gelak kena ada permit,nak hisap rokok pun kena ada permit!

Bila rakyat yang 'kaki-rokok' kata kenaikan cukai rokok sehingga menjadikan 10 ringgit satu kotak adalah sebab KERAjaan sudah tidak ada 'fulus al'mahfuz'. Mereka marah!, tak sampai dua hari keluar statement kata KERAjaan penaik harga rokok sebab sayangkan rakyat, tak mahu rakyat kena macam-macam penyakit, KERAjaan mahu mendidik rakyat supaya berjimat cermat dengan menghentikan tabiat ini dan macam-macam punya kepala bana punya alasan.

Sebangang-bangang gurkah-gurkah politik di'port', pun tahu banyak akibat yang akan ditanggung KERAjaan apabila mereka suka-suka nak naikkan harga rokok. Antara bala yang KERAjaan kena tanggung ialah, hari-hari akan kena maki dengan rakyat yang kaki-rokok sudah tentu nombor satu. Tokan-tokan yang kerja dia bawa masuk rokok seludup dan rokok tipu, sudah tentu akan buat duit 'gila-gila' dan aktiviti ini akan terpaksa bekerja lebih masa atau 'kerja over-time' untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

KERAjaan sangka dia sudah cukup 'terer' bila naikkan cukai rokok. Memang laa 'terer', bayangkan 10 ringgit satu kotak untuk 20 batang, satu batang berapa cukai dia dapat??... Tapi itu atas kertas laa bro... atas kertas... budak form one pun boleh buat culculation, tapi bawah kertas??... Bawah kertas??... Apa??... Bawah kertas kalu, pungkuk 'belengaih' laa!

Memang pungkuk mereka sekarang sedang 'belengaih' sebab dalam masa dua minggu ini saja selepas harga baru rokok dinaikkan, tokan-tokan rokok seludup dan rokok-rokok tipu ini sudah buat duit berjuta-juta ringgit. Bila tokan-tokan ini sudah berjaya buat duit berjuta-juta ringgit, apa yang KERAjaan dapat?? Dapat?? Mereka dapat 'Balik Pulau,Bayan Lepas...Sana terpulau,sini terlepas'. 'KERAjaan is facing an even greater revenue loss', dimana 40 persen pasaran penjualan rokok kini dikuasai oleh tokan-tokan rokok seludup dan rokok tiruan.

Ambik habuan !!!

Ketua KERAjaan pula bila dapat tahu 'revenue' sudah banyak merosot, menteri yang jaga kesihatan pula kena maki berbakul-bakul dengan ketua mereka, "do something to get back the loss revenue you stupid asshole!". Mungkin macam tu lah kot ketua KERAjaan ini kata dekat menteri dia.

Selepas kena maki dengan ketua KERAjaan, menteri tu pun terhegeh-hegeh lah pula buat lagi kenyataan..." KERAjaan sedang merancang untuk menjadikan ianya satu kesalahan bagi sesiapa yang cuba membeli, menyimpan dan menghisap rokok-rokok tipu dan dan rokok-rokok yang seludup, pada masa ini undang-undang yang sedia ada hanyalah untuk mereka yang menjual rokok-rokok tipu dan rokok-rokok seludup sahaja. Tetapi kini kami sedang membuat kajian untuk meminda undang-undang ini kepada sesiapa yang membeli dan juga menghisap rokok tipu dan rokok seludup"

Tuu.. Diaa..Mampusss..!!!


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.., lagi sikit hari hari, beli dan hisap rokok tipu atau rokok seludup, 2 minggu reman tak boleh jamin!

No comments:

Post a Comment