suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, October 12, 2010

Ini semua salah menteri

Sehingga semalam, angka korban sudah meningkat 15 orang dan dijangka akan ada lagi tiga atau empat orang yang sedang menunggu masa, yang amat kritikal pada masa ini.

Memang lah ajal dan maut ditangan tuhan, tetapi kematian beramai-ramai yang paling baru di lebuhraya, yang disebabkan oleh kelajuan, dimana bas ekpres itu didakwa telah dipandu dengan laju, jelas menunjukan yang Kementerian Pengangkutan dan KERAjaan yang sedang diperintah oleh BN telah gagal sama sekali untuk menghapuskan perangai dan sikap ini diatas jalan raya.

Seorang gurkah politik di'port' yang bertanggung jawab dan peka kepada keadaan ini telah berpuluh kali menulis dan mengadu kepada Kementerian Pengangkutan, JPJ dan pihak-pihak yang berwajib yang lain sejak dari tahun 2008 lagi, memberitahu mereka bahawa cara yang paling berkesan untuk 'stop' kan benda-benda macam ini dari berlaku ialah dengan memasang alat mencegah had laju pada SEMUA bas-bas ekpress yang tidak pernah ada satu pun S.O.P atau pun 'Standard operating Procedures'.

Tak kan kita sentiasa nak harapkan pihak JPJ dan Polis Trafik nak tolong jaga keselamatan kita diatas bas 24 jam sehari??

Setahu gurkah-gurkah politik di'port', semenjak dari zaman Ling Liong Sik kepada Chan Kong Choy, sampailah pula pada tangan Ong Tee Keat dan Kong Cho Ha, mereka ini asyik berbincang, asyik meeting..meeting..dan bila pun meeting (lepas meeting pekena karipap, pekena teh tarik), asyik buat kajian dan asyik berjanji (kelmarin janji, tahun lepas janji, tahun depan pun janji) akan melihat dan akan mengambil tindakan dan akan melaksakan pemasangan alat had laju. Ayat standard yang selalu kita dengar ilah, "tolong bagi kita sedikit masa".

Akibat terlalu banyak berfikir tentang politik dan terlalu banyak cari jalan bagaimana mahu menghalang Pakatan Rakyat (PR) dari berkuasa, hari-hari mereka sudah perbodohkan kita semua dengan isu-isu keselamatan jalan raya dan isu penting bagaimana mahu menyelamatkan nyawa rakyat-rakyat marhain diatas lebuh raya untuk menghalang dari berulangnya tragedi seperti kelmarin mereka buat tak kisah dan tak ambil 'pot'.

Sekiranya KERAjaan BN ada telor dan telah melaksanakan pemasangan alat cegah had laju, sudah tentu kematian beramai-ramai pada ahad lepas dapat dielak, dan 15 nyawa ini dapat diselamatkan.


dollah yankee -
Ada seorang gurkah politik di'port' kata, kemalangan kelmarin jadi waktu senja semasa orang sedang azan maghrib, dan ketika mendengar azan itu segala hantu ini semua lari sampai terkentut-kentut dan ketika lah telah terlanggar bas ini ...

1 comment:

  1. Bagi kontrak pemasangan alat tu kepada menteri atau kroni dia... cepatlah dia pasang.

    ReplyDelete