suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, October 03, 2010

Ini naik, rakyat tak berapa nak hot!

Gurkah-gurkah politik di'port' yang kesemuanya merupakan perokok tegar yakin yang penjualan rokok akan jatuh sekitar 10 % berikutan denga kenaikan harga rokok yang akan berkuat kuasa bermula dari 12 tengah malam ini.

Maklumat yang mereka terima dari pengedar-pengedar rokok memberitahu kebanyakan rokok 20 batang, yang dijual pada harga RM9.30 pada hari ini akan menjadi 10 ringgit satu kotak esok pagi.

Menurut rekod-rekod kenaikan harga rokok yang disimpan oleh gurkah-gurkah politik di'port', ini merupakan kenaikan yang tertinggi dalam sejarah mereka menghisap rokok dimana kenaikan yang sebelum-sebelum ini ialah cuma diantara 10 sen ke 30 sen sahaja. Manakala rokok-rokok yang berjenama dan ber-gred AA (gred yang tinggi) dijangka akan berharga 14 ringgit satu kotak.



dollah yankee -
Buat duit pulak towkey-towkey yang kerja seludup rokok!

1 comment: