suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, October 17, 2010

Doa kami untuk Ibrahim Ali

Tak tau lah pula gurkah-gurkah politik di'port' sama ada abang Beraheng Ali kita ni berlakun sakit atau betul-betul sakit. Kebetulan sakit itu datang selepas dia di 'bambu' kiri kanan kerana tidak menghormati dewan yang sedang bertafakur. Itu yang buatkan gurkah-gurkah politik di'port' tertanya-tanya "..betoi ka dia ni sakit?".

Atau memang dia sakit betul-betul sebab terkejut bila gelaran dan anugerah dari DYMM Sultan kelantan yang dikurniakan kepadanya telah ditarik balik.

Setelah di ricky-ricky, memang abang Beraheng Ali kita ni sakit betul, bukan lakonan atau dibuat-buat dan dia akan menjalani satu pembedahan esok.

Memandangkan gurkah-gurkah politik di'port' selalu mengutuk dan mengata kepada abang Beraheng Ali kita, maka sebelum dia masuk 'operation teater' untuk menjalani pembedahan saluran darah yang tersumbat petang ini, kami nak pohon dan nak minta maaf banyak-banyak dekat abang Beraheng Ali sekiranya kami ada menyakiti hati dan perasaan abang Beraheng Ali, mana tau kan?? kot-kot tak sempat nak minta maaf sebab dia pun pernah ada rekod dan pernah kena heart attack 10 tahun dulu...

*dan berani potong tangan ramai juga yang kalau boleh mahu PRK di Pasir Mas.


dollah yankee -
InsyaAllah ! sekali ni kami akan berdoa dengan penuh keikhlasan hati supaya abang Beraheng kita selamat semuanya...

No comments:

Post a Comment