suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, September 06, 2010

Zaid Ibrahim,telurnya dihujung tanduk??!


Zaid Ibrahim, baru saja berura-ura... belum pun lagi dicalunkan untuk jawatan nombor 2 dalam parti PKR, telah pun diserang gila..gila.., di 'attack' keliling pinggang dan 'jenuh' dia nak bersilat berkuntau untuk menepis.

Macam-macam percubaan untuk membusukan reputasinya dengan penyebaran cerita-cerita palsu yang direka. Ada yang kata cawangan-cawangan dan Bahagian-bahagian dalam PKR yang mencalunkan Zaid Ibrahim untuk jawatan itu akan mendapat habuan sehingga berjumlah 20 juta. 20 juta?? wow!!
(Kalau 40 cawangan dan bahagian yang mencalunkan Zaid Ibrahim, sudah pasti satu cawangan dan bahagian akan mendapat 500 ribu senang-senang!!)

Ada juga kedengaran cerita kata Zaid Ibrahim ini telah mendapat arahan daripada Daim Zainudin untuk menghancurkan PKR dari dalam. Ada juga yang kata dia akan menjual PKR kepada UMNO ...

Tak sampai pun satu tahun dulu, orang-orang yang sama, yang menyerang Zaid Ibrahim ini juga lah yang telah mengangkat Zaid Ibrahim ini sebagai seorang hero. Dia dikatakan seorang yang cukup berani, cukup berdisiplin dan seorang pejuang politik yang tidak mementingkan kedudukan, status dan pangkat untuk berjuang menegakan yang benar.

Tuduhan-tuduhan rekaan yang dilemparkan terhadap personalitinya juga terus meningkat selepas beberapa anjuran majlis berbuka puasa yang dihadiri Zaid Ibrahim bersama-sama ahli-ahli PKR di'grassroot'. Ini mengingatkan kita semua kepada serangan-serangan yang sama yang diterima Zaid Ibrahim yang dilakukan oleh UMNO semasa PRK Hulu Selangor tempohari.

Kesetiaan Zaid Ibrahim juga telah mula dipersoalkan oleh ramai Ahli-Ahli Parlimen PKR, tetapi kesetiaan yang bagaimana dan terhadap siapa, tidak pula di 'clarified' kan dengan terperinci oleh Ahli-Ahli Parlimen PKR ini.

Apabila soal kesetiaannya dipersoalkan oleh Ahli-Ahli Parlimen PKR ini, gurkah-gurkah politik di'port' sudah cukup jelas nampak yang mereka 'nahi-nahi' menolak gandingan Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim, dan lebih suka kepada kombinasi Anwar dan Azmin.

Manakala gurkah-gurkah politik di'port' yang sudah cukup 'mangli' dan cukup paham dengan perangai ahli-ahli parti PKR yang majoriti dan rata-rata asalnya dari UMNO ini berpendapat, dengan sokongan kuat dan padu 'grassroot' kepada Azmin Ali, Zaid Ibrahim telah diramal akan menggigit jari dan menjadi korban sepertimana terkorbanya Ghafar Baba semasa cubaan beliau untuk merebut jawatan nombor 2 dalam UMNO tahun 1993 dulu, yang mana Ghafar Baba telah gagal untuk mendapat 'nomination' yang cukup dan terpaksa bukan saja gigit jari lagi, tapi terpaksa angkat bungkus dan cukup kecewa sampai ke liang lahat.


dollah yankee-
Lebih baik Zaid Ibrahim,Azmin Ali dan Khalid Ibrahim lawan main cabut lidi. Lidi siapa yang panjang, dia lah yang akan jadi orang nombor 2.
Kah..Kah..Kah..

2 comments:

  1. PKR ni memang haramjadah, babi, sial, macam puki

    ReplyDelete
  2. Salam tuan tanah.. Mohon parking bloglist malaysia kat sini.. Terima kasih. http://bloglistpolitik.blogspot.com/

    ReplyDelete