suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, September 20, 2010

UPDATE Pemilihan PKR 2010

Mendahului dengan 36 pencalunan sehingga semalam, Azmin Ali sedang berada di-kedudukan yang pertama daripada empat orang calun yang berminat untuk berkhidmat sebagai Timbalan Presiden parti PKR.

Zaid Ibrahi pula sedang mengikuti rapat dibeakang Azmin dengan 19 pencalunan, Mustafa Kamil Ayub 10 pencalunan dan Tian Chua dengan 2 pencalunan.

Sehingga semalam juga 20 calun telah layak untuk bertanding sebagai Naib Presiden termasuklah Chua Jui Meng dan Nurul Izzah.

MP Kapar, Manikavasagam juga layak untuk merebut jawatan nombor 3 itu dengan setakat ini telah mendapat 5 pencalunan.

Di Pulau Pinang, sehingga semalam 2 daripada 5 bahagian yang bermesyuarat iaitu Batu Kawan dan Tasek Gelugor telah mencalunkan Zaid Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden.

Sehari selepas mengumumkan hasratnya untuk duduk di kerusi yang lebih tinggi dalam pimpinan PKR, Batu Kawan telah mencalunkan Timbalan Ketua Menteri-1 Mansor Othman sebagai Naib Presiden dan dijangka yang semua 13 bahagian di Pulau Pinang akan mengikuti cadangan daripada Batu Kawan itu.


dollah yankee-
Prof. Mansor Othman for Vice President !!!

No comments:

Post a Comment