suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, September 27, 2010

Selamat berjuang dan Malaysia berjaya !!!


Entah macam mana, atau mungkin connection yang baik atau mungkin juga kabel yang dia ada se-besar lengan, seorang gurkah politik di'port' telah berada di New Delhi untuk bersama-sama dengan salah seorang pengurus pasokan yang bertanding pada sukan commonwealth yang akan berlangsung dari 3-14 oktober.

Bukan saja rakyat Malaysia, tetapi juga gurkah-gurkah politik di'port' sesungguhnya memberi harapan yang cukup tinggi kepada atlet-atlet kita yang akan bertanding nanti.

Negara kita telah mengambil bahagian pada sukan komonwel ini dengan penuh semangat kesukanan dan sering mendapat pujian sejak 1950 lagi.

Pingat pertama yang kita menangi pada kejohanan sukan komonwel ini ialah dalam sukan angkat berat pada tahun 1950 semasa kita dikenali sebagai Malaya, dan seterusnya beberapa lagi pingat pada tahun-tahun berikutnya sehinggalah pada kejohanan terakhir di Melbourne pada tahun 2006, dan tidak perlu kita nafikan bahawa sukan badminton telah di-dorminasi oleh kita pada sukan ini sejak tahun 1966.

Selepas beberapa tahun, pingat-pingat yang kita menangi selepas angkat berat dan badminton ialah akuatik, olahraga, bowling, tinju, lumba basikal, gimnastik, hoki, bowling padang, menembak dan skuash, dengan jelas telah membuktikan kecermelangan atlet-atlet kita dalam berbagai bidang sukan.


Pada tahun 1998, malaysia mendapat kesempatan dan penghargaan untuk menjadi tuan rumah kejohanan sukan yang ke-16 ini di Kuala Lumpur,menjadikannya negara Asian pertama yang menjadi tuan rumah. Pada tahun itu kita telah memenangi pingat yang paling banyak dalam sejarah kita mengambil bahagian.

Ada lah menjadi satu kebanggaan dan keseronokan bagi kita untuk melihat Jalur Gemilang dinaikan dan lagu Negaraku berkumandang diudara semasa atlet kita menang, dan kalau boleh lebih banyak lagi pingat di New Delhi.

Selamat berjuang dan Malaysia berjaya !!!


dollah yankee-
Kalau ada duit suku juta ringgit, aku memang nak migrate ke India.

No comments:

Post a Comment