suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, September 15, 2010

Sah! PRU dah dekattt...!

Bila banyak ketua-ketua umno dok pakat-pakat turun padang dan kata PRU-13 dah dekat, ramai buat tak tau dan tak ambil pot.

Tapi hari ini semua orang dah mengaku dan setuju yang PRU-13 memang dah dekat bila Beraheng Ali kita buat muka welfare dengan perasaan yang sedih telah mengakui yang dengan rekod yang dimilikinya, dia sudah tidak berpeluang untuk bertanding pada PRU-13 itu nanti atas mana-mana tiket parti-parti politik yang ada.

Jamin potong telinga yang PAS sudah 'berkerat rotan dan berpatah arang' dengan abang Beraheng Ali kita kerana PAS awal-awal lagi dah bagi tahu dekat orang ramai terutama pengundi-pengundi di Pasir Mas yang mereka tidak lagi mahu bekerjasama dengan Beraheng Ali.

BN pula semakin menjauhkan diri mereka dari Beraheng Ali, walaupun gurkah-gurkah politik di'port' kata yang itu adalah satu permainan sandiwara, tetapi itu lah kenyataannya, kerana Beraheng Ali ni sudah jadi 'liabiliti' kepada BN.

Gurkah-gurkah politik di'port' juga kata memang confirm yang PRU-13 dah dekat sangat-sangat bila Beraheng Ali sudah minta bantuan dan khidmat seorang Jururunding Politik untuk merangka satu strategi yang boleh mengejutkan ramai orang untuk mempertahankan kerusi Pasir Mas yang dimilikinya itu.

dollah yankee -
Arwah bapa aku ada cakap yang orang kalau pendek,rambut pula kerinting, memang tak boleh pakai dan kena hati-hati!

1 comment:

  1. Salam Tuan. Sebenarnya pertubuhan PERKASA ni memang ada relevannya juga bagi bangsa Melayu untuk mengimbangi kuasa pertubuhan lain yang berselindung di sebalik nama Dewan Perniagaan, tetapi fungsi mereka sama sahaja sebagai badan pendesak kerajaan. Tetapi silapnya mereka bila melantik Brahing Ali sebagai kepala. Kalau mereka melantik individu bijaksana seperti Saifuddin Abdullah (Temerloh) sebagai kepala, dah tentu ramai Melayu yang akan sokong. Manakala Penasihatnya pula boleh dicadangkan seperti Tun Salleh Abbas atau dari pembangkang seperti Dato Harun Din. Tun Mahathir pula pengaruhnya hanya di media sahaja, sedangkan apabila beliau ihtihar keluar UMNO pun, berapa kerat sangat ahli dan pemimpin UMNO yang mengikut jejak langkah beliau untuk berbuat begitu?

    ReplyDelete