suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, September 12, 2010

PKR perlu elakan pertandingan!

Dalam PKR, peraturan yang tidak disebut, tidak tertulis dalam buku undang-undang perlembagaan ialah selepas Anwar Ibrahim ada lah Azmin Ali.

Satu cadangan yang baik juga yang telah disuarakan oleh ahli-ahli akar umbi bahawa untuk menenangkan keadaan yang berkocak dalam isu perebutan jawatan nombor 2 dalam PKR, Anwar Ibrahim perlu 'go for top post', Wan Azizah sebagai nombor 2 manakala Khalid Ibrahim, Zaid Ibrahim dan Azmin untuk jawatan Naib Presiden.

Ini bukan lah bermakna ahli-ahli di akar umbi mahu promosikan nepotisma didalam parti, tetapi oleh sebab Pakatan Rakyat sedang dalam perjalanan ke Putra Jaya maka keharmonian dan kerjasama erat selama ini, kestabilan dan masa depan PKR perlu dikekalkan.

Namun gurkah-gurkah politik di'port' pula berpendapat yang kedudukan Anwar Ibrahim sekarang sebagai Penasihat Umum PKR sudah cukup sesuai dan bukan lah 'standard' untuk Anwar turun duduk di kerusi nombor 1.

Gurkah-gurkah politik di'port' juga sehaluan dengan suara-suara diakar umbi supaya 'status quo' untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden di kekalkan dengan Wan Azizah sebagai Presiden dan Dr.Syed Husin sebagai Timbalan manakala Azmin,Khalid dan Zaid yang merupakan 'back-up' untuk PKR perlu di kerusi Naib Presiden.


dollah yankee -
Jika diteruskan hasrat untuk perebutan jawatan ini maka...jadi lah PKR nanti sepertimana UMNO...Gaduh!Gaduh! dan Gaduh!

No comments:

Post a Comment