suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, September 21, 2010

PERKASA lwn UMNO, PR kerenyeh sampai telinga!

"Jangan main-main dengan Perkasa..!!" itu amaran yang pernah diberikan mereka kepada Najib agar Najib dapat melakukan sesuatu terhadap kelemahan ekonomi orang-orang melayu atau umno akan hilang sokongan orang-orang melayu pada PRU-13 akan datang.

Biarpun orang tua-tua ada kata yang orang pendek, rambut pula kerinting, kena jaga-jaga sebab orang macam ini cukup bahaya dan tak boleh pakai. Tapi dalam kes ini Beraheng Ali seorang yang cerdik. Cerdik sebab Perkasa telah mengambil alih perjuangan untuk menjaga dan menguatkan kedudukan orang melayu yang telah ditinggalkan oleh umno apabila Hishamudin menghunuskan keris suatu ketika dulu yang telah meresahkan perasaan cina dan hindu, dan agenda perjuangan Perkasa ini sedikit sebanyak telah berjaya menarik perhatian orang-orang melayu dalam umno apabila cina dan hindu mendesak Najib untuk lebih banyak perkara, benda dan tempat dalam Malaysia kepada bangsa dan kaum mereka... okey lah juga,walaupun badan dia pendek, akai dia panjang... Kah..Kah..Kah..

Suka atau tidak, Perkasa telah masuk dan bermain dalam kepala otak orang-orang melayu daripada yang tinggal dihujung-hujung kampong di-pendalaman, makcik-makcik dan pakcik-pakcik difelda-felda, juga para-para intelektual-intelektual di Kota Raya dan di bandar-bandar besar dalam Malaysia.

Apabila Perkasa lahir sebagai anak burung yang lengkap bersayap dan baru dok belajar nak terbang dua tahun dulu, tak siapa pun ambil pot dan tidak membimbangkan sesiapa pun. Tapi kini ia bukan saja telah membesar dan menjadi langau penghisap darah tetapi juga telah menjadi serangga yang amat ditakuti umno.

Perkasa juga telah menjadi NGO yang kuat untuk orang-orang melayu dan mula mencabar kedudukan umno sehinggakan umno mula curiga motif Perkasa dan mula menyoal apa motif Beraheng Ali sehinggakan Tengku Adnan Mansor mengeluarkan kenyataan yang umno menolak dan tidak menyokong Perkasa. Itu tak masuk lagi kenyataan Nazri Aziz, kenyataan Zahid Hamidi, Noh Omar, Khaled Nordin. Yang paling best, KJ kata dia nak keluar dari umno kalau umno sokong Perkasa.

Gurkah-gurkah politik di'port' pula kata, kalau Perkasa boleh dapat permit terbitkan Suara Perkasa, dah tentu dia boleh daftar jadi satu parti politik. Dan apakah itu motifnya?.. Beraheng Ali dah tentu boleh jadi calun untuk Parlimen Pasir Mas masa PRU-13 nanti... Kah..Kah..Kah..


Percayalah lagi sikit hari, akan lebih ramai pemimpin umno yang akan muncul dan menolak Perkasa.


dollah yankee -
Cukup minat dengan karektor Beraheng Ali

No comments:

Post a Comment