suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, September 28, 2010

Lim Boo Chang untuk Cabang Bukit Gelugor

Di Pulau Pinang hanya tinggal beberapa cabang saja lagi yang masih belum menjalankan mesyuarat pemilihan PKR. Semua mata kini tertumpu kepada cabang Bukit Gelugor yang akan bermesyuarat dan membuat pemilihan pada hari ahad ini, 3hb. Pertandingan satu lawan satu ini ialah 'lawyer lawan lawyer'.

Pada hari ahad ini juga akan menyaksikan timbalan mencabar ketua. Ketuanya sekarang ialah ADUN Batu Uban, S.Raveentaran dan Lim Boo Chang adalah timbalan.

Kedua-duanya telah pun melancarkan manifesto masing-masing untuk merebut jawatan Ketua Cabang yang mana mereka menjanjikan akan meneruskan usaha-usaha memperbanyakan lagi tentang soal-soal kebajikan, akan memberikan pentadbiran yang lebih baik untuk PKR cabang Bukit Gelugor dan juga akan berusaha mempertahankan hak-hak asasi manusia.

Kalau hendak menilai kepada kesungguhan dan pengalaman untuk berkhidmat, Lim Boo Chang dilihat jauh meninggalkan lawannya.

Sementara Raveentaran adalah ahli politik yang baru, dia juga merupakan wakil rakyat bidan terjun apabila diminta untuk bertanding semasa PRU-12 dulu selepas tiada calon yang difikirkan layak dan sesuai semasa itu.

Manakala Lim Boo Chang adalah ahli politik yang dah 'seasoned', yang dah ada nama, juga orang lama dalam politik.Lim Boo Chang pernah menjadi ADUN Dato Keramat, pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Gerakan yang kemudianya telah bersama MCA selepas satu insiden politik di Pulau Pinang.

Gurkah-gurkah politik di'port' pula telah mendapat maklumat awal yang Lim Boo Chang akan menang di Bukit Gelugor.

Lim Boo Chang untuk cabang Bukit Gelugor !!!


dollah yankee -
Dalam bahasa lain, kalau merempit, Raveentaran akan kena tinggal lima enam tiang.

No comments:

Post a Comment