suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, September 13, 2010

Lagi.. "Zaid lawan Azmin"

" Dalam PKR, undang-undang yang tak tertulis dalam buku perlembagaan PKR ialah, selepas Anwar Ibrahim ada lah Azmin Ali "

Sama ada ahli-ahli umno/BN suka atau tidak, Parti Keadilan Rakyat telah pun menjadi satu parti yang besar yang sukar untuk diketepikan. Walaupun 10 tahun dulu semua ketua-ketua umno/BN pakat-pakat kata yang PKR ini adalah parti agar-agar, lembik.

Jadi, bila apa saja perkara dalaman parti yang berlaku baik pemimpin-pemimpinnya maupun parti itu sendiri, maka ia akan menjadi perhatian. Begitu juga bila pengumuman yang bukan masanya oleh Zaid Ibrahim untuk sama-sama berebut jawatan nombor 2 dengan Azmin Ali.

Walaupun masih lagi baru dalam PKR, walaupun cap jari Zaid masih belum kering, tak dapat disorok dan tak bermakna yang dia tidak ada sokongan dan kekuatan yang tersendiri.

Tetapi setelah gurkah-gurkah politik di'port' membuat beberapa 'phone calls' berhubung pertembungan Zaid-Azmin ini, maka adalah lebih elok dan cantik kalau Zaid Ibrahim berada di kerusi Naib Presiden.

Pengalaman gurkah-gurkah politik di'port' dalam kerja-kerja 'underground' kata, dalam mana-mana pemilihan untuk jawatan-jawatan dalam parti, "Money is talking".

Tetapi dalam kes Zaid vs Azmin ini, jika Zaid masih cuba untuk berfikir yang "Money is not talking" untuk dia menang, ia adalah satu kesilapan besar kerana membuang wang dengan sia-sia walaupun bagi Zaid "Money?? Tak ada hal!"

Manakala Azmin Ali yang sudah bersama-sama dengan PKR semenjak 1998 telah membina empayar kekuatan yang tersendiri. Dia juga sudah membuktikan kesetiaannya, komitmennya, keupayaannya, dan kepimpinannya dalam PKR. Azmin juga adalah pemimpin yang dinamik di akar umbi, pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua dalam PKR juga menganggap yang pengalaman luas Azmin dalam politik dan pentadbiran telah menjadi aset yang berguna untuk dinilai oleh ahli-ahli dalam PKR sendiri.

Biarpun Azmin boleh menang jawatan itu dengan mudah, adalah mustahil dan bohong lah kalau dia tak kata dalam kepala otak dia "money still have to talk!"



dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' juga mahukan Azmin Ali!

No comments:

Post a Comment