suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, September 25, 2010

Surcaj Air, orang putih kata "The Way To Go" Guan Eng!



Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memulakan langkah bijak untuk menjimatkan penggunaan air oleh 30 % pengguna-pengguna domestik di negeri ini dengan mengenakan surcaj sebanyak 24 sen setiap 1,000 liter yang menggunakan lebih daripada 35,000 liter setiap bulan yang akan bermula pada 1 November nanti.

Biarpun mendapat banyak tentangan daripada berbagai pihak, bukan kerana PBA mahu mengenakan surcaj itu, tetapi disebabkab surcaj yang dicadangkan itu terlalu rendah, dan dikatakan tidak akan begitu efektif dalam usaha untuk mendisiplinkan rakyat atau pengguna air domestik dinegeri ini, dimana majoriti penduduknya adalah dari kumpulan pertengahan yang berkemampuan.

Ini kerana ada pula mana punya 'mangkok hayun' yang telah buat kira-kira untuk menentang surcaj yang dikatakan murah sangat ini. Namun Lim Guan Eng bukanlah seorang yang kejam dan tidak berhati perut. Dia berfikir guna 'kepala otak' bukan guna 'kepala lutut' jadi Guan Eng telah menolak bantahan ini dimana dia kata yang air adalah anugerah Allah SWT untuk rakyat.

Ini cadangan yang 'kurang ajar' dari mangkok hayun yang mengatakan surcaj itu murah sangat.

Mangkok ini sudah kata, kalau satu family guna 100,000 liter air satu bulan, surcaj yang dikenakan hanyalah sebanyak RM15.60. Amaun ini tidak akan memberi kesan yang dalam kepada pengguna domestik biarpun pengguna tersebut hanya berpendapatan RM 1,000 satu bulan kerana pengguna ini hanya menggunakan 1.56% dari pendapatannya.

Tambah 'musibat' ini lagi, kalau betul kerajaan Pakatan Rakyat serius mahu rakyat negeri ini menjimatkan air, surcaj yang perlu dikenakan mestilah sebanyak RM 1 untuk setiap 1,000 liter air dan pengguna ini akan terpaksa membayar sebanyak RM65. Baru lah pengguna-pengguna ini akan menggunakan akal mereka sepenuhnya untuk berjimat cermat ketika menggunakan air.

'Musibat' ini juga telah menghangatkan lagi hati gurkah-gurkah politik di'port' yang merupakan pengguna-pengguna air dinegeri ini dengan membandingkan purata penggunaan telefon setiap satu keluarga lebih kurang RM300. Kalau boleh bayar RM300 untuk bercakap, RM65 adalah 'sab-sab-sui' laa...

Gurkah-gurkah politik di'port' telah mengkaji sendiri penggunaan air oleh kebanyakan keluarga dimana setiap satu keluarga 4 atau 5 orang tidak mungkin menggunakan lebih daripada 35,000 liter satu bulan, dan kepada keluarga yang suka membazir saja, yang menggunakan lebih dari 35,000 liter air ini saja yang akan mendapat kesan.

Setelah dikira, campur, tolak, darab dan bahagi maka gurkah-gurkah politik di'port' telah merumuskan yang surcaj yang bakal dikenakan ini amatlah berpatutan dan satu langkah tepat untuk 'sekolah'kan rakyat-rakyat dinegeri ini supaya menghargai air.

'Way To Go Guan Eng!'


dollah yankee-
IR Jasni,PBA. Bila lagi depa nak bagi Dato'?


No comments:

Post a Comment