suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, September 29, 2010

Kelmarin pagi..tak ada kerja, melilau disekitar Carnarvon Street cari apa-apa stationary yang patut. Carnarvon Street ni memang pusat segala macam punya printing, stationary, apa juga jenis kertas-kertas, pen, pensil, alat tulis dan bermacam-macam lagi yang bersangkut paut.

Sepanjang kedai yang dimasuki maupun dilalui, walaupun bulan sembilan tak habis lagi, tetapi mereka sudah mula menjual kalender untuk tahun 2011.

Dalam satu kedai yang dimasuki, 90% kalender yang dijual itu di impot dari China.

Pemilik kedai memberitahu yang kalender dari negara China itu menjadi popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana ia mempunyai berbagai jenis bentuk dan bermacam-macam design.

Dari segi design dan kualiti kertas, kalender buatan China ini dan yang tempatan memang banyak beza.

Yang tempatan punya, banyak yang jenis-jenis simple. manakala yang datang dari China ini ada yang embos, ada juga jenis kartun lau fu tze, ada yang jenis ada gambar binatang-binatang yang 'ong' dan ada juga yang jenis dicetak dengan colour emas dan perak.

Ketika melihat tanda harga pada kalender-kalender itu, didapati kebanyakan yang di impot itu ada yang sampai mencecah 100 ringgit bergantung kepada kualiti. Towkey kedai itu memberitahu yang banyak customer suka kalender dari China yang jenis ada horoskop china sebagai hadiah sambut tahun baru kepada kawan-kawan atau saudara mereka.

Towkey kedai juga bagitahu yang dia ke Guangzhou,China pada awal bulan lapan lalu untuk cari katalog-katalog kalender yang mahu dibeli, kemudian hujung bulan lapan juga dia kesana sekali lagi untuk membuat tempahan.

Dia juga memberitahu yang printer-printer tempatan tidak mampu untuk bersaing dengan pengeluar-pengeluar kalender dari China ini kerana mereka mempunyai 'printing facilities' yang boleh memenuhi permintaan global.

" Towkey..! itu kalender kuda punya tak ada ka??!! " saja aku tanya, sebab aku tak nampak pun kalender jenis ni. Aku dirumah, cuma guna kalender kuda saja, sebab dia ada bila dan dimana ada kuda 'race day', dia ada jadual cuti sekolah dan cuti-cuti umum dan cuti-cuti am, juga yang penting sekali dia ada haribulan melayu (hijrah).

Kalender kuda ini masih belum ditempah katanya sebab printer-printer tempatan masih menunggu pengumuman jadual-jadual sesi persekolahan untuk tahun 2011, selepas itu baru lah boleh dicetak.


dollah yankee -
dulu... apa juga benda, banyak orang suka yang siam. beras siam, durian siam, kucing siam, mempelam siam. sekarang suka yang china pulak.

No comments:

Post a Comment