suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, September 23, 2010

EXCO negeri merah muka,berasap telinga !


Kelmarin petang kebanyakan gurkah-gurkah politik di'port' yang bekerja telah berjaya 'mengulat' untuk sama-sama turun ke majlis rumah terbuka aidil fitri anjuran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Makan? Tak usah cakap lah...macam-macam ada! Punya 'dok boh' sampai tak ingat dunia. Betul lah kata orang tua-tua...'dang dut tali kecapi, kenyang perut suka hati'.

Ketika mahu pulang, gurkah-gurkah politik di'port' ini sudah ternampak bekas-bekas makanan 'polystyrene' yang digunakan untuk mengisi makanan. Entah macam mana teringatlah gurkah-gurkah politik di'port' ini akan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri PR Pulau Pinang pada bulan julai lalu yang mereka telah mengharamkan penggunaan bekas-bekas 'polystyrene' ini yang akan bermula pada Januari tahun depan disemua kedai dan gerai makanan. Dan salah satu syarat yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan lesen perniagaan dari MPPP ialah peniaga tidak dibenar langsung menggunakan bekas-bekas 'polystyrene'.

Apa lagi..? kebetulan pula exco negeri yang jaga perkara 'polystyrene' ini iaitu Phee Boon Poh juga ada disana pada rumah terbuka aidil fitri itu, jadi gurkah-gurkah politik di'port' ini tak bagi peluang langsung, lalu berjumpa dengan YB Phee dan sambil berbisik.."YB mari ikut kita pigi belakang, kita mau tunjuk something sama you.." lalu membawanya ketempat 'polystyrene' itu disimpan. Apa lagi..? sebaik melihat timbunan bekas-bekas 'polystyrene' itu, gurkah-gurkah politik di'port' ini lihat muka YB Phee ini sudah merah padam dan boleh nampak asap sedang keluar dari telinga dia.. Kah..Kah..Kah..

Yang sempat gurkah-gurkah ini dengar keluar dari mulut YB Phee ialah ... "cilaka punya olang!" Kah..Kah..Kah..


dollah yankee -
Rasa sedap pula bila lepas raya dapat makan lemang,ketupat dengan rendang.

1 comment:

  1. Itu bermakna masih ada lagi orang sendiri yang tidak menghayati dan tidak sensitif dengan dasar-dasar yang dirancang untuk tujuan kebaikan. Jadi mereka wajar diberikan teguran.

    ReplyDelete