suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, September 19, 2010

Debat Ketua AMK, tak besttt..!

Tiga gurkah-gurkah politik di'port' yang turun ke Taiping kerana hendak menyaksikan debat yang tidak pernah berlaku sebelum ini dimana calon-calon yang mahu menjadi Ketua AMK pusat akan berdebat untuk menentukan siapa yang layak menjadi Ketua, berakhir dengan tanpa klimaks yang diharapkan.

Biarpun dewan penuh, kerana sepertimana gurkah-gurkah politik di'port' ini, begitu juga lah dengan penyokong, peminat politik dan ahli-ahli parti yang hadir malam itu mengharapkan sesuatu yang panas, tetapi ianya tidak berlaku. Sebaliknya gurkah-gurkah politik di'port' ini memberitahu yang debat yang mereka harapkan tetapi ianya telah menjadi lebih kepada satu forum politik.

Gurkah-gurkah politik di'port' yang kesana itu semuanya orang lama dalam politik, dan mereka telah melalui dunia politik semasa ketiga-tiga calon ini masih lagi tak reti nak pakai seluar, jadi bila debat yang betul-betul debat yang diharapkan telah menjadi forum politik, mereka begitu kecewa.

Calon pertama Ketua AMK, Hasmi Hashim menjadi speaker yang pertama, dia berharap supaya jawatan Perdana Menteri sepatutnya dipileh oleh rakyat. Dia juga kata yang amalan ketua-ketua parti-parti politik yang berjaya memerintah selepas PRU dan menjadi Perdana Menteri secara automatik tidak boleh diterima dan patut dihapuskan. (Banyak benda lain yang dia merepet dan merapu)

Speaker kedua Mohd Rafizi Ramli dalam debatnya pula mahukan AMK PKR memfokuskan usaha mereka untuk menarik perhatian 4.6 juta pengundi-pengundi yang baru dan yang layak mengundi. Ini kerana 60 peratus pengundi-pengundi baru yang muda-muda ini sedang duduk diatas pagar dan tidak tahu serta tidak pasti mahu mengundi siapa pada PRU-13 nanti. (Mohd Rafizi ini pun cakap banyak benda-benda merepet macam Hasmi Hashim)

Manakala ahli Exco AMK, Chegu Bard pula lebih banyak bercakap tentang bagaimana perlunya menguatkan kedudukan parti terlebih dahulu daripada lebih banyak memikir dan menumpukan perhatian untuk menakluk Putrajaya.

Melihat kepada keupayaan ketiga-tiga calon yang merebut jawatan ketua AMK dalam debat ini, analisis gurkah-gurkah politik di'port' lebih memihak kepada chegu Bard dan telah dilihat sebagai calon pilihan ramai yang akan menang dengan senang hati.


dollah yankee -

Jalan Paya Besar di-Lunas, road-block ada dua tiga, siap dengan balai polis bergerak dah 2 minggu. Sebelum itu Abu Seman dengan beberapa pegawai kanan KDN pun ada turun disana. Apa cerita weii..??!!

1 comment:

  1. nak tau baca blog ni http://theflyingkick.blogspot.com/2010/09/ketegangan-melayu-india-hampir-tercetus.html

    ReplyDelete