suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, September 30, 2010

Bila ada duit,mata pun tak mau pejam!

Aku orang yang paling kecewa dalam dunia ini bila dapat tahu yang jakpot toto 6/58 dengan jumlah terkumpul sebanyak 47.82 juta ringgit telah dimenangi pada cabutan special hari selasa kelmarin.

Macamana aku tak kecewa, ini kerana naluri dan hati aku pada waktu subuh setiap hari semenjak ia dilancarkan, mengatakan yang toto jakpot 6/58 itu akan menjadi milik aku. Cuma menunggu hari sahaja pintunya akan dibuka kerana aku telah mengetuk pintu jakpot 6/58 itu hampir setiap waktu hari cabutan.

Aduhhh..duhh..duhhhh..!!

Cabutan yang benilai hampir 48 juta itu telah dimenangi oleh seorang lelaki berusia 50an. Ketika melihat tiket kemenangan itu melalui website toto, dia macam tak percaya dan dia jadi bisu, tak boleh bercakap untuk seketika kerana terlebih terkejut, dan akibat terlalu gembira, dia sampai tak boleh tidur pada malam itu sehingga ke pagi walaupun telah dicuba namun matanya tetap tidak mahu pejam.

Sehingga semalam sudah tiga hari matanya tetap tidak mahu pejam untuk tidur selepas berjaya membuat tuntutan di ibu pejabat toto di Kuala Lumpur.



dollah yankee -
bila empat lima tak boleh tidur, takut-takut hari ke enam tidur terus tak bangun-bangun. joli katak lah anak beranak dan adik beradik dia...

No comments:

Post a Comment