suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, September 05, 2010

'Balik Kampong' sudah mula !

Akibat dan pukulan hari raya punya hal, kalau anda nak balik naik bas ke Alor Setar dari Penang pun anda terpaksa booking tiket 'atleast' satu minggu awal.

Bagi gurkah-gurkah politik di'port' yang dah lebih dari dua puloh tahun tak pernah naik bas cukup terkejut dan macam tak percaya bila di beritahu tentang benda ini oleh seorang gurkah politik di'port' yang merupakan agen bas ekpress di stesen bas ekpress Sg.Nibong. (Gurkah ini dapat 3 permit bas ini pun selepas buat kerja under ground untuk sahabat mereka menang Ketua Pemuda UMNO yang kemudian di lantik pula jadi pengerusi LPKP Utara)

Kepada yang ada kenderaan sendiri untuk balik ke-kampong hari raya ini patut bersyukur, dan kita juga patut simpati dengan mereka yang terpaksa berebut-rebut dalam keadaan yang tidak selesa mengambil bas-bas untuk pulang berhari raya.

Kepada pengguna-pengguna bas ekpress ini, saban tahun kesibukan 'balik kampong' sudah jadi perkara biasa dan mereka juga sudah lali. Begitu juga dengan tahun ini, dimana nampak macam semua pengguna-pengguna bas ekpress ini sudah bersiap dan merancang awal untuk balik kampong sempena cuti yang panjang.

Cuti persekolahan yang bermula awal dari 3 haribulan sehingga ke 12 haribulan semasa minggu hari raya menyebabkan tiket-tiket bas ke destinasi-destinasi popular telah habis dijual sejak dua bulan lepas. Dan hampir 70 % tiket-tiket yang sudah habis dijual itu adalah destinasi menuju ke pantai timur.

Kota Bahru, Kuala Terengganu, Kuantan masih tetap menjadi destinasi-destinasi popular dan hot terutamanya dikalangan students, manakala destinasi seperti Singapura dan Hatyai pula akan menjadi destinasi bagi budget traveller bukan melayu yang akan bercuti sempena dengan cuti yang panjang ini.


dollah yankee -
syokkk..tengok orang pakat-pakat balik kampong ...

No comments:

Post a Comment