suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, September 24, 2010

Apa kata kita tubuh parti Buruh??!

"Manufacturers propose RM700 for minimun wage"

Dengan kenaikan harga-harga barangan keperluan harian, kenaikan harga-harga makanan dan perkhidmatan, pendidikan dan harga rumah semenjak dua menjak ini, sudah tentu kita sedar bagaimana golongan-golongan buruh dan pekerja-pekerja bawahan dikilang-kilang, nak hidup dengan cara yang paling simple pun terlalu sukar.

Sementara kenaikan harga barangan dan lain-lain benda yang naik macam roket tak henti-henti sejak kebelakangan ini, upah kerja yang dibawa balik oleh golongan diatas ini sebenarnya langsung tidak berubah sejak awal tahun 1980an. Sepatutnya pihak yang berwajib atau pihak berkuasa perlu bertindak dengan segera.

Majikan-majikan pula pada hari ini telah dilihat sebagai 'paymasters' yang tak ada otak diatas keenganan mereka untuk memberikan gaji yang sesuai dengan peredaran dan perkembangan semasa, sementara mereka pula mengaut untung yang gila-gila.

Ini lah masanya untuk pihak majikan mempertimbangkan dan gunakan kepala otak yang ada untuk memikirkan sumbangan-sumbangan daripada golongan-golongan ini, jika tanpa pekerja-pekerja dari golongan ini syarikat-syarikat mereka juga tidak akan hidup. Boleh lah kita ibaratkan yang golongan-golongan pekerja-pekerja ini adalah merupakan pemegang-pemegang saham terbesar di syarikat-syarikat tempat mereka bekerja.

Gurkah-gurkah politik di'port' berpendapat, kerajaan yang patut dipersalahkan dalam hal ini kerana semasa mereka keluar mencari pelabur-pelabur untuk melabur di negara kita, mereka berkata yang kos sara hidup di negara kita cukup murah, gaji tak perlu bagi banyak-banyak, dan ini lah yang menyumbang kepada senario ini.

Agak-agak laa woii..macam mana nak hidup dengan gaji 700 ringgit?? Nak bayar rumah, nak makan, pelajaran anak-anak, kain baju, nak bayar hutang motor kapcai lagi. Manakala majikan-majikan mereka bawa kereta-kereta besar yang 'fancy', duduk dirumah-rumah agam, makan direstoran-restoran yang baik-baik (tip saja kena hulur tiga empat puluh ringgit), sementara pekerja-pekerja ini hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Oleh itu cadangan pihak pengilang-pengilang malaysia untuk gaji minimum 700 ringgit kepada buruh-buruh dan operator-operator kilang adalah cadangan yang 'buta perut', tak ada otak, haramjadah dan boleh dikata sangat kejam.

Yang majikan ini tahu hanyalah memerah keringat golongan pekerja-pekerja ini semaksimum mungkin, manakala upah pula kalau boleh mahu dibagi paling minimum.


dollah yankee -
Memang patut kita tubuh parti buruh.

No comments:

Post a Comment