suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, August 30, 2010

Tukar Tiub keracunan??

Gurkah-gurkah politik di'port' ketawa berdekah-dekah...Kah..Kah..Kah..
ini kerana setelah membaca puisi Tukar Tiub di-bawah, mereka telah mengandaikan yang dia telah keracunan makanan??

PETANG KELMARIN
aku berhenti di pasar ramadan ijok
dalam perjalanan ke tanjung karang

beli kueh kacang yang keras macam batu
beli pecal dua ringgit dengan tiga helai taugeh

beli tahu sumbat yang tahunya sudah masam
memang betul meniaga setahun sekali

juallah barang yang baik
juallah barang yang bersih

haram itu bukan hanya kerana tidak ada notis jakim
haram itu bukan kerana tak tayang logo halal

halal itu ertinya kesucian
haram itu ertinya kekotoran

membawa mudarat tahu masam sakit perut ini haram dijual
walau pun mak cik ini pakai kain tudung

halal itu tanda bersih

http://tukartiub.blogspot.com/ -5.07 pm 29 August 2009

Mungkin Tukar Tiub tak perasan lagi kot yang setengah daripada kes-kes keracunan makanan yang telah dilapurkan sejak bermulanya puasa adalah kerana memakan makanan-makanan yang telah dibeli di Bazaar-Bazaar Ramadan.

Kesemua kes-kes keracunan makanan itu adalah disebabkan telah memakan makanan yang telah pun basi.

Gurkah-gurkah politik di'port' walau pun tak pernah sekali pun beli makanan di Bazaar Ramadan dan tak juga keracunan seperti Tukar Tiub, bukan saja begitu kecewa tetapi juga amat marah dengan pengendali-pengendali makanan di Bazaar-Bazaar Ramadan ini yang hanya muncul setahun sekali ini, yang telah menjual makanan-makanan yang sudah basi, ini kerana mereka hanya mementingkan keuntungan dan fulus al'mahfuz. Kesihatan pelanggan?? To hell with them!! Hospital dan Klinik 1Malaysia banyak..boleh ambil ubat disana...
Kah..Kah..Kah..

Ada gurkah-gurkah politik di'port' yang pernah menjadi katerer dan pernah menjadi tokey-tokey kantin memberi pendapat, antara penyebab makanan ini ter-racun ialah kerana mereka telah menyediakan makanan-makanan ini terlalu awal, dan cara-cara makanan ini disimpan juga tidak betul.

S.O.P (standard operating procedure) yang sering diguna untuk menghalang dari terjadinya keracunan makanan ini ialah, mereka mestilah munggunakan bahan-bahan yang segar untuk dimasak dan bahan-bahan yang akan dibuat makanan ini hendaklah di-stor kan dibawah suhu 4 darjah.

Manakala makanan-makanan yang telah siap dimasak yang hendak disimpan, hendaklah disimpan dengan suhu melebihi 60 darjah dan jika tidak mahu di-stor kan makanan yang telah siap dimasak ini, ianya hendaklah dihidangkan tidak kurang dari empat jam selepas dimasak.


dollah yankee -
Buka puasa jam 7.30, tapi ada juga orang yang start jual bermula jam 11 pagi.
Pukul 11 pagi, guna beg plastik hitam. Petang, guna beg palstik warna hijau.

1 comment: