suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, August 28, 2010

Samseng kacang parpu !!!

PDC Senior assistant manager (Property Division) Roslan Hasan said in a statement that the corporation had yet to receive any payment from Mohamed Ghani for the rental of stalls in the Komtar Ramadan bazaar.
star 27th August 2010 Gurkah-gurkah politik di'port' boleh dikatakan sangat-sangat mengenali mamak sorang ni, dan kenal dengan dia pun memang cukup lama. Kalau dia bercakap...nadanya cukup menyakitkan, seolah-olah dia seorang yang cukup-cukup jahat. Asal kalam keluar dari mulut dia, asyik nak pukul orang itu, pukul orang ini. Orang itu tak betul, orang ini tak betul.

Jadi gurkah-gurkah politik di'port' tidak terkejut bila dia kini kesaorangan diri selepas semua peniaga-peniaga di Bazaar Ramadan itu mula menjauhkan diri sedikit demi sedikit darinya selepas cerita sebenar terbongkar.

Dia juga sudah habis modal nak counter attack Lim Guan Eng berhubung dengan isu peniaga-peniaga Bazaar Ramadan di Komtar ini lalu mengajak Lim Guan Eng bertumbuk bila Guan Eng kata yang dia masih belum menjelaskan bayaran yang dikutipnya dari peniaga-peniaga ini kepada JKKK Timur Laut pada satu mesyuarat.

Gurkah-gurkah politik di'port' begitu kesal dengan sikap samseng 'kacang parpu' si mamak ni yang tak menghormati Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dengan mengambil jalan yang pendek akal. (orang Penang kata tak dak akaiii..!! punya budak..!!)

Si Ghani telah mengeluarkan kenyataan untuk ajak Guan Eng bertumbuk diatas kapisitinya sebagai Naib Presiden KMA (Komtar Merchants Association) dan gurkah-gurkah politik di'port' nak tanya, adakah kenyataan cabaran bertumbuk dari Ghani ini telah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah KMA?

Ghani berkata yang Guan Eng telah menuduhnya menggelapkan wang kutipan sewa itu tanpa bukti. Jadi kalau dia betul maka dia perlulah lawan dengan Guan Eng melalui mahkamah bukan dengan cara ajak bertumbuk.

Hanya orang yang 'kurang ajar dan biadap' dan orang yang tak ada otak sahaja akan bertindak seperti itu dengan seorang Ketua Menteri.

Sejak PRU-12 yang lepas, gurkah-gurkah politik di'port' perasan yang mamak Ghani ini adalah sebahagian daripada orang-orang yang amat tidak puas hati yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa Penang sudah dibawah pentadbiran kerajaanPakatan Rakyat yang sedang menuju kearah yang lebih baik.

"Tolong lah Ghani...hang kawan kami jadi, jangan lah jadi orang yang tak ada otak dan suka menimbulkan kekacauan. Hang akan akan terkejut kalau hang tau bukan semua peniaga-peniaga tadi dan orang-orang yang ikut demonstrasi hari itu akan sama-sama nak ikut kepala otak hang..!"


dollah yankee -
Bukan nak promote mamak ni, tapi dah tak dak idea nak tulis apa hari ini...

1 comment:

  1. Orang Pulau Pinang bukan buta....they know who is the culprit...

    ReplyDelete