suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, August 01, 2010

Protes? atau 'hint' nak lari?



Apa kah maksud dan makna yang cuba dibawa oleh Chua Soi Lek yang sedang berkampong dengan lain-lain taiko-taiko MCA di Kota Bahru sempena dengan Persidangan tahunan MCA Kelantan bila dia kata yang pemimpin PAS yang akan jadi PM?

Adakah kenyataan Soi Lek ini menunjukan protes senyap MCA diatas penangkapan Ling Liong Sik? Atau adakah MCA nak tunjuk dan bagitau kepada umno yang mereka sedang marah ? Atau adakah mereka cuba nak saiko kepala otak rakyat?

Chua Soi Lek kata yang jika BN ditendang oleh rakyat pada PRU-13 nanti dan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk duduk di Putra Jaya, PAS yang akan menerajui kerjasama dalam Pakatan Rakyat ini dengan pemimpin dari PAS yang akan jadi PM.

Ini disebabkan berdasar kepada fakta yang PAS mempunyai lebih banyak dan lebih ramai ahli, dan merupakan parti yang terbesar dengan begitu banyak sumber berbanding dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat.

"PAS adalah pilihan yang terbaik dan tepat jika dilihat pada situasi hari ini dan kita tidak pasti yang Pakatan akan memileh pemimpin dari PKR atau DAP untuk jadi Perdana Menteri" kata Chua Soi Lek semasa merasmikan Persidangan Tahunan MCA Kelantan kelmarin.


dollah yankee -
Memang MCA marah dengan apa yang jadi kat Ling Liong Sik sebab mereka tak dapat 'clue' langsung yang Ling Liong Sik akan ditangkap.

No comments:

Post a Comment