suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, August 12, 2010

Kisah sedih si tukang banci !

Tranungkite Online v10: ForumsTranungkite Online v10: Forums

EdirossaLans KoperalJoined: Apr 27, 2005Posts: 485
Posted: Thu Aug 12, 2010 7:17 am Post subject: Cina Boikot Banci - Petanda Awal PRU-13 Utk UMNO...

Pembanci Hadapi Masalah Sikap Masyarakat Cina 70% Tidak Respon.....Wakakakaka

PUTRAJAYA: Masalah sikap orang ramai khususnya masyarakat Cina merupakan cabaran utama pembanci melakukan tugas pembancian sepanjang gerakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 setakat ini, kata Pesuruhjaya Banci dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.....
*****************************************************************

Sana ada 'banner', sini ada poster. Dalam TV, dalam radio, dalam 'paper' melayu, 'paper' hindu, 'paper' cina hari-hari ada iklan.

Walau pun begitu banyak publisiti yang telah diberikan berhubung dengan Banci Penduduk Kebangsaan yang akan berakhir pada 22 ogos ini, namun para tukang banci ini masih tidak dilayan, dan kalau dilayan pun, mereka dilayan sepertimana layanan yang diterima oleh jurujual-jurujual dari rumah ke rumah dengan ada yang menghempas pintu bila nampak tukang-tukang banci ini, dan yang paling sedih ada yang lepaskan 'anjing garang' mereka untuk menyalak-menyalak bagi menakut-nakutkan tukang-tukang banci ini.

Masalah ini jelas terserlah terjadi di kawasan-kawasan perumahan mewah dan juga di-kondominium-kondominium mahal yang 'guard' saja ada sampai 10-15 orang, juga di kawasan-kawasan bungalow.

Dengan ada berita yang mengatakan ada juga cubaan-cubaan untuk menipu dan menyamar sebagai tukang-tukang banci, banyak penduduk-penduduk dikawasan-kawasan perumahan mewah ini tidak mempercayai akan si tukang banci ini, dan ada juga yang menyangka mereka ini jurujual-jurujual 'gores dan menang'.

Oleh kerana terlalu 'obses' dengan privasi, ada juga penduduk-penduduk ini enggan menjawab soalan-soalan yang ditanya tukang banci, kononnya telah mengganggu 'privasi' mereka.

Gurkah-gurkah politik di'port' ingin tanya kepada Jabatan Perangkaan..." ...apakah jabatan puas hati dengan perkembangan banci penduduk ini???!!..."



dollah yankee -
Sebab tu banyak tukang-tukang banci yang diambil kerja, semuanya jenis yang slow dan sabar!

1 comment:

  1. Yang pelik tu sesetengah tempat tu, ada penduduk yang tidak tahu apa itu banci, malah ada yang tak tau berbahasa melayu mahupun berbahasa inggeris. Kadang-kadang terfikir juga adakah mereka ini benar-benar warga Malaysia, atau pendatang asing yang diklon secara haram menjadi warga Malaysia. Perlu diingat kita tak akan mampu mengecam sama ada seorang Melayu itu benar-benar Melayu Malaysia atau Melayu Indonesia, Cina Malaysia atau Cina China, India Malaysia atau India India. Yang hanya ku tahu siapa itu Bangla, Afrika, Asia Tengah dan Kaukasian kerana wajah mereka jelas, itupun jika belum dicelup.

    ReplyDelete