suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, August 13, 2010

Kalau macam ni..Datuk K pun nanti tinggal seluar dalam !

Kalau macam ni punya keadaan, lama-lama nanti, jangan kata Datuk K pun boleh tinggal seluar dalam saja, tapi tokey babi pun boleh kena jual kandang ...

Makan banyak mana pun bayar cuma RM2.

Sebuah restoran di Shah Alam sempena bulan ramadhan ini telah menawarkan pelanggan-pelangganya dengan tawaran yang lumayan iaitu, anda boleh makan banyak mana pun dengan harga hanya RM2. Tapi dengan beberapa syarat yang perlu anda patuhi.

Syarat pertama kena tunjuk MyKad (yang original,bukan yang palsu, sebab restoran ini ada MyKad Reader). Bukan rakyat Malaysia? Anda kena bayar RM6.

Restoran Malaysia Negaraku terletak di-Jalan Plumbum AA/7 Section 7, Shah Alam telah menawarkan nasi putih, 4 jenis lauk dengan segelas air sejuk dengan harga RM2 tapi kena layan diri sendiri, tak ada orang nak layan anda macam tuan sebab syarat kedua ialah anda kena basuh sendiri pinggan yang telah anda makan itu. Kalau nak 'tapau' anda kena bawa sendiri bekas.


dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. nasib baik dia buka dan offer semasa bulan puasa, kalau bukan bulan Ramadhan..? Tepuk perut,tanya poket !!!

No comments:

Post a Comment