suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, August 27, 2010

Kakitangan awam kata,No Money?No Work!


Gurkah-gurkah politik di'port' kata yang kerajaan yang memerintah hari ini, semakin hari semakin teruk, sebab berita yang terkini ialah JPA sudah arahkan pembekuan kerja-kerja lebih masa atau kerja over-time kepada kakitangan-kakitangan kerajaan.

Ini disebabkan sudah timbul rasa tidak puas hati dikalangan kakitangan-kakitangan kerajaan yang mana mereka diarahkan untuk kerja over-time oleh Ketua Jabatan mereka tapi tak akan dapat bayaran sebab kantung kerajaan sudah kering, sudah tidak ada wang mau dibayar, akaun semua sudah jadi debit, akaun sudah jadi negatif, akaun sudah jadi tolak ..Kah..Kah..Kah..

Kena tunggu peruntukan tahun depan pula tengok macam mana dan kena tengok pula budget 2011, berapa jabatan akan dapat.

Setelah penat mendengar rungutan dan hamun dari kakitangan yang buat OT ini tapi tak dapat dibayar, Ketua Jabatan sudah datang idea ganti bayaran OT itu dengan cuti tahunan.

OT yang dibuat dan diganti dengan cuti ini pula hanya akan dibenarkan oleh Ketua Jabatan sekiranya benar-benar diperlukan seperti kerja-kerja kecemasan yang tidak boleh tunggu.

Hellooo ... kakitangan awam seperti pemandu dan buruh ini buat OT untuk dapat duit cash, nak tampong beban ekonomi mereka, bukan mahu cuti.

Apa pun gurkah-gurkah politik di'port' tumpang sedih sebab nasib kakitangan kerajaan yang jadi ahli kesatuan CUEPACS sudah dapat presiden yang tak dapat berfikir dengan panjang, yang langsung tak dapat membantu ahli-ahlinya dalam perkara ini.

Sepatutnya kerajaan yang kena jaga kakitangan ini, tetapi sudah terbalik pulak bila kakitangan ini pulak yang kena kerajaan, buat kerja free, buat kebajikan, tolong kerajaan.. Kah..Kah..Kah..


dollah yankee -
Kalau sampai buat OT pun tak mampu nak bayar, memang kerajaan Najib hari ini sudah teruk !

No comments:

Post a Comment