suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, August 11, 2010

Ingat mengingati sesama kita.


Semua orang-orang yang beragama islam di Malaysia mula berpuasa bermula dari subuh pagi tadi hingga menjelang senja petang nanti.

Puasa dari subuh hingga ke senja ini akan berterusan dengan tanpa makan dan minum disepanjang ramadhan ini disamping menunaikan rukun dan tiang agama islam. Ramadhan adalah bulan yang suci sebab pada masa ini lah 14 abad yang lalu Al'Quran telah diturunkan. Sebab itu lah kita juga digesa supaya memperbanyakan membaca ayat-ayat suci Al'Quran.

Kalau main baca saja tapi haram apa sepatah pun tak tau apa makna, pun tak boleh juga, sebab disamping membaca, kita juga perlu merenung dan memahami apa maksud ayat-ayat yang kita baca itu agar kita dapat pula menyebarkan nya kepada sekeliling kita akan apa maksud dan intipati ayat-ayat suci dari Al'Quran itu.

Semasa bulan puasa ini juga orang-orang muslim di Malaysia terutamanya yang berbangsa melayu digesa agar menjalani kehidupan yang menjadi contoh dan teladan yang baik, perlu menjadi seorang pemurah hati dengan banyakkan bersedekah kalau tidak melalui wang ringgit, kalau tak ada sen boleh lah sedekahkan tenaga di surau-surau dan mesjid-mesjid dengan membantu tok-tok imam mengimamkan solat terawih atau pun boleh bersedekah tenaga
melicinkan perjalanan surau-surau dan mesjid-mesjid dengan menjadi tukang angkat pinggan mangkuk lepas 'morey'.

Apabila tiba masa untuk berbuka kita juga tidak digalakan untuk melahap, memolok makan macam orang tak jumpa makan sebulan.

Apa yang dilarang yang tak boleh buat masa siang, kita boleh buat pada malamnya, tetapi perlulah berpada-pada dengan batas-batas yang ada tercatit terkandung dalam Al'Quran itu.

Perangai kita sehari-hari juga kena jaga semasa ramadhan yang mulia ini. Umpamanya, kalau sebelum ini kita jenis panas baran, mungkin kita boleh lebih banyak sabar kot? Kalau bulan lain dari Ramadhan mulut kita kira nak maki nak menyumpah,di-harap ramadhan 1431 hijrah ini kita 'zip' sikit mulut kita dari nak maki-maki dan menyumpah orang tu dan orang ini. Tipu, berbohong, membazir, tikam dari belakang pun kita kena elak juga.

Tuduh menuduh sesama ahli-ahli politik muslim antara satu sama lain yang berpuasa juga memerlukan waktu untuk berehat.

(sebab itu blog http://dollahyankee.blogspot.com pun akan cuba berehat dari cerita-cerita politik disepanjang ramadhan ini. Sebabnya hanya dalam cerita politik saja banyak benda-benda yang dilarang dan benda-benda yang tidak boleh dilakukan semasa bulan ramadhan)


dollah yankee -
Yang penting RASUAH. Kalau boleh tolak, di-sepanjang bulan ini

No comments:

Post a Comment