suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, August 05, 2010

Cerita yang telah di-spin...

Gurkah-gurkah politik di'port' ingin counter dengan apa yang telah dilapurkan oleh blogger http://novandri.blogspot.com (blog anti kerajaan PR Pulau Pinang/Guan Eng) berhubung dengan cerita tentang Lim Guan Eng dan Pak Ali ditingkat 2 parking komtar.

Untuk pengetahuan, bila blogger novandri kata dia ada jumpa dengan mamu Ali, orang yang telah mencetusan huru-hara ditempat parking Lim Guan Eng itu, sebenarnya Pak Ali ini sedang dok buat boria. Tau lah cara orang-orang penang ni bercakap, kalau pasal cerita,akan cerita dengan penuh semangat dan penuh perasaan...gempak yang lebih, isi cerita bukan lah apa sangat pun.

Kebetulan ketika kejadian, seorang gurkah politik di'port' yang merupakan seorang pemandu kepada seorang exco negeri juga berada disana, baru selesai menurunkan bossnya.

Pak Ali ini sebenarnya terlalu emosi kerana terlalu memikirkan hal tentang pembanggunan di-Kampong Tanjong Tokong yang dirancang dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan (Kerajaan BN) yang juga telah melibatkan rumah Pak Ali. Tapi macam yang selalu yang kita uar-uarkan, Pak Ali ini lebih kurang macam makcik-makcik dan pakcik-pakcik di-felda-felda, yang kurang maklumak dan input, yang tak tau apa-apa, yang senang dan boleh di-perbodoh oleh orang-orang umno.

Jadi, oleh kerana Pak Ali telah tidak mendapat apa-apa maklumat dan penerangan dari Ketua Penerangan umno Bukit Bendera (kawasan projek terletak diBahagian Bukit Bendera) berhubung dengan rancangan projek pembanggunan itu, Pak Ali dengan inisiatif ingin bertanya sendiri dengan Lim Guan Eng. (Manusia bila sudah terdesak,sanggup lakukan apa saja, begitulah juga dengan Pak Ali).

Pak Ali ini macam juga gurkah-gurkah politik di'port', tau dimana nak cari ahli-ahli politik,menteri, exco tanpa perlu kepejabat dan tanpa perlu appointment, tanpa protokol.

Sebaik saja Pak Ali nampak kereta Guan Eng masuk parking, dia terus menuju kepada Guan Eng dan ketika Guan Eng keluar dari kereta Pak Ali telah memegang bahu Guan Eng sambil menggoncang (bukan lah telah ditampar seperti yang telah di-spin), sambil melahirkan rasa sedihnya kerana pembanggunan Kampong Tanjong Tokong itu akan menyebabkan Pak Ali kehilangan rumah (yang bukan miliknya), dan Guan Eng tidak melakukan apa-apa untuk membantu mereka.

Bodyguard Guan Eng pula telah sempat menenangkan Pak Ali..."Sabaq Mamu..sabaq..! mai..mai..kita pi sembang didalam". Kemudian Guan Eng telah mengarahkan bodyguardnya membawa Pak Ali ke dalam sebuah bilik tempat pemandu-pemandu exco-exco berehat.

Sebaik saja masuk kedalam bilik itu Guan Eng telah bertanya apa masalah Pak Ali, dan dia telah menangis macam budak kecil yang marah bila kehendak mereka tidak dituruti smabil menepuk-nepuk kusyen yang sedang diduduknya. Pak Ali telah mengatakan yang Guan Eng tidak ambil peduli tentang masalah mereka tentang pembanggunan di Tanjong Tokong itu. Setelah Guan Eng menerangkan duduk pekara yang sebenar yang projek itu bukan dibawah kerajaan Pakatan Rakyat tetapi di bawah kerajaan persekutuan BN, jadi Guan Eng dan kerajaan PR Pulau Pinang tidak dapat berbuat apa-apa melainkan jika kerajaan Pakatan Rakyat dapat memerintah Putra Jaya, perkara itu mungkin boleh ditangguhkan.Akhirnya setelah paham barulah Pak Ali reda sikit rasa marahnya.

Guan Eng bagaimana telah mengarahkan bodyguardnya mengambil maklumat Pak Ali sebab Guan Eng kata akan melakukan sesuatu untuk membantu Pak Ali dan keluarganya.

Yang tidak dilapurkan ialah Pak Ali akhirnya meminta maaf kepada Guan Eng kerana tidak tahu langsung keadaan dan maklumat pekara yang sebenar tentang projek pembanggunan itu dan juga kerana telah menyebabkan masa Guan Eng terbazir untuk ke satu mesyuarat penting. Akhirnya Pak Ali pula telah memeluk Guang Eng.


dollah yankee -
Pernah sekali Pahamin Rejab masa jadi Ketua Pengarah Kem Pengangkutan pun lari sebab terkejut tengok cara driver-driver teksi (orang-orang penang) cakap dengan dia semasa satu perjumpaan tentang penggunaan meter teksi suatu waktu dulu.

1 comment:

  1. Abang Dollah,Thanks for your update....

    Blogger UMNO is just UMPH NO or no UMPHH ....

    People nowdays know to differentiate what is cerita palsu ala UMNO, RTM or TV3 with the real fact....

    ReplyDelete