suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, July 01, 2010

'SUANG-KO' aiii..lai..woo !

'SUANG-KO' aiii..lai..woo!, itu bahasa cina hokkien yang beerti nak mengundi dah. Itu yang seorang gurkah politik dengar perbualan telefon boss dia semasa memandu dan dalam perjalanan pulang membawa boss dia seorang cukong YB MCA dari Kuantan ke Penang isnin lepas selepas bossnya itu menghadiri satu mesyuarat tergempar MCA di-luar Kuala Lumpur.

Cukong itu kata pada kawanya itu "pilihanraya dah nak dekat, tak jauh dahh.., Liow Tiong Lai dah beri arahan supaya balik saja dari Kuantan ini kita semua perlu membuat persediaan-persedian yang rapi untuk PRU-13".

"Kita akan buat kem-pilihanraya diseluruh negara untuk menyediakan setrategi-setrategi baru untuk siapkan diri kita dan ahli-ahli kita untuk PRU itu, dan mereka perlu bersedia. Cara kita beroperasi dengan strategi kita pada PRU yang lepas lepas dah tak boleh pakai lagi dah. Kita kena 'make-over' termasuk kita kena menggunakan internet untuk berhubung dengan pengundi-pengundi bagi memastikan hubungan kita rapat dengan mereka. Baru kita boleh cakap tentang hal nak rampas semula kerusi-kerusi kita yang kita kalah dulu".

"Hang tau tak yang 10% ahli-ahli kita tak daftar pun jadi pengundi?, jadi kita kena pastikan yang ahli-ahli kita di-semua bahagian-bahagian yang belum lagi daftar jadi pengundi supaya didaftarkan. Head Office akan supply dekat semua bahagian nama-nama ahli-ahli yang belum lagi daftar dengan SPR, manakala ahli-ahli kita yang ada anak-anak atau adik beradik yang dok kerja diluar dari tempat depa duduk, kita kena cari dan kontek depa, kita kena dekatkan hubungan kita dengan depa yang muda-muda ni, sebab kepala otak depa yang muda-muda ni dok kena saiko dengan DAP dengan PR, kita kena bagi depa paham apa yang MCA dah buat untuk bangsa kita, untuk pak dan tok-tok depa dulu-dulu, masa depa semua kecik-kecik, masa depa semua dok sekolah, masa depa semua dok telanjang lagi." Macam tu lah lebih kurang kalau nak translate apa yang boss dia dok cakap.

"Lagi satu, aku dok rasa yang tahun depan kita punya parti MCA punya election mungkin tak jadi, mungkin tangguh sebab PRU ni. Liow kata macam tu lah..pasai apa, kalau kita buat juga parti election, semua orang nanti lawan jawatan, jadi kita tak mau lah orang dok tengok kita semua bergaduh, bila kita berlawan parti kita nanti jadi berpecah, hang sokong dia, aku sokong kawan tu, dia tu pula nanti sokong kawan sorang lagi, hang paham la kan?... Tak apa..tak apa nanti balik Penang kita jumpa lain..". Cukong tu menamatkan perbualan telefon.

Lega bila aku dengar dia kata.."Din, lapar ka? Berenti mana-mana ada makan punya tempat kita makan sekejab".

Fooohh.. lega..! gurkah politik ini kata sebab dia kata dari pagi cuma kena bihun sepinggan.


dollah yankee -
Najib kata tarikh PRU mengejutkan...jangan-jangan 1 Jan 2011..

No comments:

Post a Comment