suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, July 11, 2010

"Penyamun-penyamun, malam ini kita kerja overrrr-timmeeee..!!! "



Bukan nak kata lahh... semenjak dua menjak ni, sebab Pakatan Rakyat, sebab pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan apa juga sebab yang membabitkan parti Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin mereka, ramai penjawat awam dan yang bersangkutan dengannya telah dapat 'extra-income' yang berupa kerja-kerja lebih masa dan lain-lain elaun yang terbabit dengan kerja lebih masa, bukan sikit pulak tu...

Yang terbaru ialah ramai kakitangan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat buat kerja over-time bila mereka telah diarahkan untuk 'standby' untuk mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya jika lidah Parti Keadilan Rakyat iaitu akhbar 'Suara Keadilan' muncul di mana-mana jalan atau lorong atau dimana-mana saja selepas digantung permit pengeluaran pada 1 Julai lalu. (Kerajaan BN kata kami tak gantung permit, kami cuma tak renew saja..)

'Hantu-Hantu' dari KDN yang buat 'over-time' ini telah membuat pemerhatian dan pemantauan yang bersungguh-sungguh di beberapa lokasi dimana pencetakan akhbar suara keadilan itu dijangka akan di cetak.

Ini disebabkan yang pengurusan Suara Keadilan dah cakap awal-awal ... "Kita tetap akan keluarkan Suara Keadilan, ia boleh jadi esok, boleh jadi minggu depan, boleh jadi bulan depan, juga boleh jadi tahun depan !"

Sumber-sumber dari 'hantu' ini ada memberitahu yang arahan pemantauan ini perlu bermula dari tempat percetakan, baru lah senang nak buat kerja atau nak ambil apa-apa juga tindakan rampasan sebelum akhbar ini terlepas kepada pengedar-pengedar untuk diedarkan kepada rakyat dan pembaca-pembaca yang setia setiap minggu keluaran.

Akibat dari sambutan rakyat yang 'gila-gila' terhadap akhbar lidah resmi PKR ini, gurkah-gurkah politik di'port' juga dapat khabar yang pegawai-pegawai dari KDN juga sudah semakin kerap turun padang juga buat 'over-time' untuk memeriksa kilang-kilang percetakan untuk memastikan yang mereka ini tidak melanggar undang-undang dan arahan.

Nota: Kerana artikel mengatakan yang 'Felda bankrap' juga lah yang menyebabkan Najib turun padang dan memberitahu Felda tidak bankrap tetapi Felda buat duit dan buat untung. Akibat ini juga lah yang menyebabkan peneroka-peneroka Felda di seluruh negara sudah dapat akan dapat 'durian runtuh' dan 'duit terpijak'.



dollah yankee -
Kepada peneroka-peneroka Felda yang dapat duit tu..jangan la lupa nak ucap terima kasih dekat PKR dan Suara Keadilan

No comments:

Post a Comment