suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, July 22, 2010

Pencuri dan Penguatkuasa

Cakap pasal pencuri, gurkah-gurkah politik di'port' cakap yang dalam 1Malaysia ni, terlalu banyak pencuri dan macam-macam jenis pencuri. Ada yang kecil-kecilan jenis part time, ada yang besar-besar, ada yang jenis jadi pencuri setahun sekali pun ada.

Ada pencuri yang terpaksa mencuri sebab nak terus hidup, ada juga pencuri yang jenis akan mencuri bila peluang ada di depan mata. Jenis ini tak cari! tapi kalau ada mesti rembat. Ada juga yang mencuri merupakan karier dan profesion mereka.

Yang paling menarik jenis pencuri dalam 1Malaysia ini ialah yang jenis suka curi terang-terang, yang mencuri betul-betul didepan mata kita, siang-siang buta pula tu. Jenis ini gurkah-gurkah politik kata jenis yang tak ambil 'pot' tentang undang-undang.

Pencuri yang dimaksudkan ialah yang mencuri kayu-kayu balak dan yang mencuri pasir. Mereka ini mencuri siang-siang hari depan mata kita semua. Hasil-hasil curi tu pulak diangkut lalu melalui jalan raya depan rumah kita.

Pelik, ajaib, aneh sebab kecurian kayu-kayu balak dan pasir-pasir di-siang-siang hari tu nampak macam tak boleh dikesan langsung.

Dalam kes curi kayu-kayu balak dengan pasir-pasir ini, tak kan lah pegawai-pegawai penguatkuasa PBT yang ada tak nampak segala macam punya lori-lori hantu atau yang tak hantu yang keluar masuk kawasan dan jalan di tempat yang kena curi tu? Tak kan warden atau penjaga-penjaga hutan tak dengar segala macam punya bulldozer, traktor-traktor berat sedang buat kerja? Tentulah sebagai penjaga-penjaga hutan dan penguatkuasa-penguatkuasa PBT mereka perlu lah ada inisiatif untuk masuk tanya dan periksa apa yang patut.

Macam tu juga lah dengan orang-orang dan penduduk yang tinggal dikawasan-kawasan yang balak-balak dan pasir-pasir yang kena curi tu. Takkan tak boleh perasan? Takkan tak ada sikit pun perasaan 'kay-po', 'busy-body' atau perangai nak suka jaga tepi kain pencuri? Mesti boleh perasan punya kalau ada apa-apa operasi haram berlaku dikawasan tempat mereka tinggal.



dollah yankee -
Maka teringatlah gurkah-gurkah politik di'port' cerita bagaimana operasi menangkap Mat Komando di Kedah suatu waktu dulu, dimana selama satu minggu, tujuh lapan orang muka-muka yang tak pernah nampak di kampong itu sedang bekerja memandu lori-lori kecil yang mengangkut padi-padi keluar masuk dari kampong itu. Akhirnya ada seorang hamba Allah yang perasan dan kemudian sendiri buat siasatan, maka dapatlah jawapan, tujuh lapan orang yang memandu lori-lori kecil itu adalah mata-mata gelap dari Bukit Aman sedang beroperasi, siapa yang dicari tidak diketahui sehingga Mat Komando ditembak mati.

No comments:

Post a Comment