suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, July 19, 2010

Ong Tee Keat,100 hari selepas mati...

Baru hari ini gurkah-gurkah politik di'port' telah mengiktiraf Ong Tee Keat sebagai seorang 'Viking', seperti mana yang dia selalu dakwa diri dia adalah seorang 'viking' dan kali terakhir dengar perkataan 'viking' ini semasa dia tewas ditangan Chua Soi Lek pada pemilihan EGM MCA 100 hari lepas bila dia kata .." I am dead, dead as a viking.."

Tup..tup Tee Keat sudah muncul di-Penang kelmarin ... macam biasa gurkah politik yang jaga dia semasa dia di-sini, yang akan bawa dia ke-hulu kehilir telah menemukan kami dengan Tee Keat 'over a cup of hot coffee' ditengah-tengah malam untuk setengah jam.

"YB..,ingat sudah pencen politik"
"No..No..No..politik mana boleh retire!"... Tee Keat tetap dengan semangat yang tidak pernah memadamkan hasratnya sebagai ahli politik biarpun telah di-benam oleh Chua Soi Lek pada EGM MCA Mac lepas.


Tidak seperti Ong Ka Ting yang telah mengambil keputusan untuk duduk diam-diam selepas kena penendang oleh ahli-ahli MCA, Tee Keat telah banyak buat kerja-kerja 'ground works' secara diam-diam dan telah menyatakan hasratnya untuk mencari platfom baru untuk meneruskan perjuangan politiknya sekiranya dia di-gugurkan dari barisan calon MCA pada PRU-13 akan datang.

"Kalau saya di-gugurkan sebagai calon dari pada PRU-13 nanti, ini bukan bermakna saya yang tinggalkan MCA dan BN..okey?!"

Tee Keat tidak menafikan yang dia ada dihampiri oleh gurkah-gurkah politik dari lain-lain parti politik selepas sebelum dan selepas pemilihan EGM MCA.

"Kalau you masuk and join lain parti, nanti ini MCA/BN bikin 'road tour' dan cakap macam-macam... You khianat parti , you tak kenang jasa, you tarak setia sama MCA. Dia orang akan kasi busuk you punya nama".

Selepas 100 hari kalah kerusi nombor satu MCA, Tee Keat semakin kuat bekerja daripada sebelum ini, memberikan perkhidmatan kepada rakyat Pandan dan pusing Malaysia berjumpa dengan 'taiko-taiko' dalam kumpulan orang-orang cina.

Hanya mereka-mereka yang diluar dari MCA dan BN saja yang berani menjemput Tee Keat untuk apa-apa juga program dan 'functions'. Cina-cina dalam MCA pula sudah mula lupakan dia selepas dia tidak lagi berkuasa.

Akhir perbualan Tee Keat kata ... " saya ingat next GE, ini Pandan punya kerusi pun boleh terbang, sebab itu tempat dia orang mau kasi sama Donald Lim".


dollah yankee -
Boleh rasa yang Tee Keat sedang menghitung hari nak join Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment