suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, July 09, 2010

LHDN, masa mau lajuuu.. masa nak bagi balik? Terkemut-kemut!

Pada hari selasa lepas, Tim.Menteri Kewangan Dr.Awang Adek kata 870,630 pembayar cukai telah terlebih bayar cukai mereka sebanyak RM 10 billion pada tahun 2009.

Dr.Awang Adek juga kata yang 95% daripada 270,835 pembayar cukai yang telah menggunakan sistem e-filling semasa 5 bulan pertama tahun ini adalah layak untuk mendapatkan semula wang mereka yang sudah terlebih bayar itu dan dijangka akan dibayar dalam masa satu bulan.

Pulau Pinang: Ramai pembayar cukai yang ditemui oleh wartawan blogger yang 'base'nya di-kedai kopi telah melahirkan rasa kecewa mereka serta sakit kepala dengan LHDN berhubung dengan sistem pemotongan cukai dan kelewatan pihak LHDN dalam mengembalikan semula duit mereka yang telah terlebih bayar.

Seorang pembayar cukai yang kerja makan gaji mendakwa dia masih belum menerima 'refund' sebanyak RM 15,000 daripada LHDN.

Amaun ini adalah jumlah terlebih bayar yang terkumpul sejak 7 tahun. Jumlah amaun ini telah diberitahu oleh pihak LHDN sendiri.

Pembayar cukai tersebut (penyokong kuat PR..kah..kah..kah..) yang bekerja dengan sebuah syarikat yang tersenarai di BSKL berkata, dia juga 'sakit kepala' dengan LHDN kerana beberapa kali telah mengunjungi pejabat LHDN sejak 2 tahun lepas untuk menuntut semula wang yang telah terlebih bayar itu, tetapi tiap kali dia kesana dia diarah untuk 're-submit' semula beberapa dokumen yang telah pun di 'submit' sebelum ini. ("Sepuloh kali pi, sepuloh kali mau dokumen..!" dia kata)

Keadaan pula bertukar menjadi karut bila dia pula telah menerima surat dari LHDN mengatakan yang dia pula ada cukai yang terhutang dengan LHDN sebanyak RM 3,000 untuk 'assessment' tahun 2009, sedangkan LHDN yang berhutang dengan dia sebanyak RM 15,000.

Sementara itu seorang pemberi maklumat untuk gurkah-gurkah politik di'port' (yang kedekut 'taik idung masin', yang 'genggam tak tiris' kata orang penang) yang juga seorang eksekutif di sebuah syarikat besar disini berkata, dia telah pun menerima semula wangnya yang telah terlebih bayar pada tahun 2008 sebanyak RM 600 bila dia telah membawa semua dokumen-dokumen yang berkaitan yang berusia 7 tahun pada dua pertemuan dengan LHDN.

Dia berkata yang dia telah membawa kes nya itu ke pejabat LHDN setelah dia menerima notis awal tahun 2009 mengatakan yang dia masih berhutang sebanyak RM 9,200 yang merupakan cukai tertunggak untuk tahun 2008.

("Hang gila ? aku kena bayaq dekat income-tax 9 ribu lebih, apa? ingat aku dok cap duit ka? suka-suka kata aku kena bayaq 9 ribu lebih! Apa lagi, aku pun serbu laa income-tax. Lepaih betengkaq, riuh rendah sikit, kira punya kira, tolak, campuq, bahagi, depa pula terhutang dekat aku. Tu yang aku dapat balik 600. Kopi dengan roti bakaq yang hangpa dok melantak tu, duit ni laa.. kah..kah..kah..").

Sehubungan dengan itu dia telah menasihatkan semua pembayar cukai agar menyimpan apa-apa juga dokumen yang berkaitan supaya senang kalau nak rujuk, senang kalau nak serbu LHDN.



dollah yankee -
Soruu pun kadang-kadang miss, nak bayaq cukai apa?

No comments:

Post a Comment