suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, July 27, 2010

Jemputan sempena ulangtahun ke-50





3 hari dari hari ini, yakni pada 1 Ogos 2010 nanti, genaplah 50 tahun Akta ISA (Internal Security Act) di-perkenalkan di Malaysia.

Untuk itu dua pertubuhan yang tidak pernah rasa serik dan tak pernah putus asa dalam gerakan kempen 'Hapuskan ISA' iaitu GMI (Gerakan Mansuhkan ISA) dan Majlis Peguam Malaysia (BAR Council) akan terus mendesak agar kerajaan menghapuskan ISA bersempena dengan ulangtahun ISA.

Sehubungan dengan itu, dua gabungan pertubuhan ini akan melancarkan kempen itu dengan mengedarkan lebih 100,000 risalah ke seluruh negara dengan 30,000 risalah itu akan diedarkan di sekitar Lembah Klang untuk mempastikan rakyat paham dengan Akta yang dianggap kejam dan kontrovosi itu.

Penubuhan ISA pada 1 Ogos itu pada asalnya bertujuan untuk digunakan terhadap pengganas-pengganas komunis yang bercita-cita mahu meng'komunis'kan Malaysia yang hebat bermaharaja lela pada ketika itu.

Tetapi selepas semua hutan-hutan telah diterokai dengan cara yang halal dan ada juga yang haram, dan bila hutan-hutan itu telah cerah dan gondol, maka pengganas komunis pun 'angkat bendera putih', dan bila sudah tidak ada lagi ancaman komunis, maka Akta ISA itu diteruskan dan dilebarkan lagi untuk digunakan terhadap rakyat-rakyat yang mengeritik dan menentang dasar-dasar dan polisi-polisi kerajaan.

Sehingga hari ini, kalau nak cakap dan nak keritik dasar dan polisi kerajaan anda kena berpegang pada nasihat dan kata-kata tok nenek kita dulu-dulu ... "Cakap siang pandang-pandang, Cakap malam dengar-dengar".



dollah yankee -
Datang beramai-ramai pada 1 ogos 2010,jam 9 malam ke-Speakers Square di padang kota lama.

1 comment:

  1. http://penang-speakers-square-club.blogspot.com/

    dalam penubuhan

    ReplyDelete