suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, July 23, 2010

Jangan la lebih-lebih pula, buat apa yang patut saja!

"Mana semua wakil-wakil dari kementerian? Menteri?Timbalan Menteri?Pegawai-pegawai kanan? Ini Dewan Negara, bukan kedai kopi!, serius laa sikit.Saya dah minta semua pegawai-pegawai dari Kementerian untuk duduk disana, tapi saya tak nampak pun sesiapa,tak nampak pun wakil-wakil, menteri ke,timbalan menteri ke atau pegawai-pegawai,semua kerusi saya tengok kosong. Apa ni?! Sekarang kita sedang bercakap dengan siapa?!"...Yang Di-Pertua Negara,Tan Sri Abu zahar Ujang

Nak tunjuk champion lah konon? Nak tunjuk dia lah powerful!,jangan ikut buku sangat, buat apa yang patut saja. Mungkin kot lepas kena payong,lepas kena gasak, kena bambu dengan sekalian barisan hantu dan jin yang menyokong kerajaan BN/umno,yang merupakan ahli-ahli di dewan negara itu, keesokan harinya Abu Zahar sudah keluarkan statement yang slow dan lembut, nak counter balik apa yang dia cakap diatas.

"Saya cuma nasihat, bila tengok semua kerusi kosong, bukan saya kritik menteri,timbalan atau pegawai-pegawai kanan kerajaan BN/umno sebab tak masuk dewan kelmarin. Bukan bermaksud saya mahu semua menteri,timbalan atau pegawai-pegawai kanan perlu ada dalam dewan. Bagi saya baik dewan rakyat atau dewan negara, dua-dua pun mustahak juga."... pulak dahh.!Kah..Kah..Kah..


dollah yankee -
Waktu-waktu ketika dewan sedang bersidang ini,kalau kita cuba hubungi menteri,timbalan atau pegawai-pegawai lain, pasti kita akan dapat jawapan..."dia ada di-dewan parlimen,sedang mesyuarat". Tapi bila chek di-dewan parlimen...haram tak ada !!! Silap haribulan ada di padang golf atau ada di lobi hotel mana-mana, dok pekena kopi.

No comments:

Post a Comment