suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, July 07, 2010

BN/UMNO yang semakin jauh ditinggalkan rakyat


BN/umno perlu berubah, mahu kah kita semua menjadi pembangkang selepas PRU-13 nanti?, kenapa ahli-ahli BN/umno perlu membaca tulisan di blog Raja Petra sedangkan dia ada link dengan Pakatan Rakyat?, Anwar Ibrahim ahli politik sesumpah, kita mesti bekerjasama dalam satu pasokan untuk menghadapi PRU-13 dan bermacam lagi perkara yang menyentuh tentang kelemahan BN/umno dan ahli-ahli mereka pada waktu ini.

Itu antara intipati-intipati ucapan oleh Najib, Mahyudin, Naib-Naib Presiden umno yang lain-lain serta mereka-mereka yang dijemput untuk merasmikan persidangan bahagian-bahagian umno yang sedang rancak berjalan sekarang ini.

Kesimpulannya adalah BN/umno sudah semakin jauh ditinggalkan oleh rakyat hatta ahli-ahli umno sendiri yang sudah putus asa dan 'give-up' dengan prestasi BN/umno hari ini. Mereka mengetahuinya dengan jelas sekali cuma berlagak bodoh sombong dengan tidak mahu mengakui kenyataan ini.

Rakyat sudah mula menganggap yang BN/umno sudah tidak lagi relevan dan telah gagal memainkan peranan mereka. Mereka telah gagal untuk melihat apa yang rakyat-rakyat yang semakin cerdik dan bijak dalam berpolitik ini mahukan.

BN/umno juga telah gagal untuk mendedahkan sebarang kelemahan Pakatan Rakyat, sikap 'double standard' yang di praktikan selama ini dalam BN/umno juga antara yang menyebabkan mereka telah ditolak. Mereka juga gagal menyerlahkan Pakatan Rakyat sebagai parti yang tidak sempurna (not perfect).

Banyak cobaan-cobaan BN/umno untuk melemahkan Pakatan Rakyat semakin hari semakin tidak dipedulikan lagi oleh rakyat, malah cobaan-cobaan itu juga sebenarnya yang telah memakan diri sendiri.

Pemimpin-pemimpin BN/umno sendiri juga yang canang di sana-sini kata yang Pakatan Rakyat telah memulakan langkah-langkah yang lebih panjang dari mereka sebaik saja PRU-12 lepas. Mereka juga telah mengaku yang ahli-ahli politik mereka terlalu 'slow' dan lembab untuk memenangi hati dan fikiran rakyat.

Akhir kata..BN/umno ini rakyat dah ibaratkan mereka macam orang putih kata "They behave like an ostrich (escape reality by hiding it's head in the sand)".



dollah yankee -
Najib suruh ahli-ahli umno tiru macam ahli-ahli umno tahun 40an-50an, bekorban apa saja untuk parti.
Kah..Kah..Kah.. ada lagi kah orang sanggup berkorban wang ringgit dan harta untuk BN/umno hari ini???!!!

No comments:

Post a Comment