suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Monday, July 12, 2010

"Boss...! jom cabut cepat..!!"


"..Boss.. macam ni kalu punya dok lari..kita boleh jatuh tergolek! tak gaduh nak makan durian dengan kari kambing nak tergolek macam MP Sibuti..!,jangan kata kami, you pun kena ikut lari sama dengan kami boss..!".

(Maka terigatlah akan gurkah-gurkah politik di'port' sekitar tahun 1999 dulu bila Hamid Albar pernah kata dekat member-member dia.."Kalau Anwar jadi PM, tak cukup tanah kita kena lari..").

Agaknya itu lah kot yang Nazri Aziz (menteri yang jaga undang-undang) dan Ghani Patail (AG) kata dekat Najib bila ketiga-tiga mereka terpaksa melarikan dari dari menghadiri 'Malaysian Law Conference' yang di jadualkan pada 29-31 Julai nanti.

Najib yang telah diundang untuk menyampaikan ucaptama pada majlis itu awal-awal dah bagi tahu yang di nak ke 'oversea'. Nazri Aziz yang jaga undang-undang, juga awal-awal nampak macam dah siap-siap dengan 'sneakers', habuan senang nak pecut laju sikit (kalau pakai sepatu memang tak boleh lari laju mana), macam tu juga dengan Peguam Negara Ghani Patail, dia kata "..kalau dua-dua boss i lari, i pun kena laa join sekali..".

Selain dari ketiga-ketiga orang ini, hero kita, Anwar Ibrahim juga telah dijemput untuk menyampaikan ucapan penutup persidangan(kalau dalam persidangan umno, kira nak gulung perbahasan laa..) pada hari terakhir 31 Julai.

Setelah di korek..korek..korek.., dapatlah maklumat yang ini merupakan perkara biasa bagi pihak penganjur untuk menjemput pemimpin-pemimpin dari kerajaan yang memerintah dan juga pemimpin-pemimpin dari parti pembangkang untuk majlis seperti itu, kerana kita didalam negara yang mengamalkan sistem demokerasi.

Pihak penganjur kini sedang berpikir-pikir siapa pula yang dijemput bagi menggantikan tempat Najib.



dollah yankee -
Gurkah-gurkah politik di'port' bertaruh 250 ringgit seorang kata yang Tun Mahathir akan dijemput untuk menggantikan Najib untuk menyampaikan ucaptama majlis ini.

No comments:

Post a Comment