suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Saturday, July 24, 2010

Bernard Dompok tukang jolok !

Betul sangat-sangat apa yang selalu tukartiub.blogspot.com cakap, Malaysia kita ni cukong yang dok kontrol. Kalau kerajaan kata A, cukong-cukong ini boleh suruh kerajaan tukar jadi B, begitulah betapa 'powerful'nya cukong-cukong ini.....

********************************************************************

Mula-mula dia di-jamu makan dan minum. Selepas melihat dia dah kenyang mencekik... dia di-jekk, dia di-ampu, dia di-bodek (gurkah politik kata, kalau boleh nak hisap konek dia..)

Kemudian mereka kata Malaysia adalah pengekspot perabot yang ke-9 terbesar dalam dunia, siap bagi dengan statistik dan angka-angka yang besar lagi. Pesanan tahun ini yang telah diterima pula setakat setengah tahun pertama telah melebihi pesanan dari tahun lepas, tetapi malangnya pengeluaran mereka adalah dibawah paras kemampuan.

Lepas tu mereka 'gempak' pula kata pembeli-pembeli luar negeri sedang berusaha untuk mengalih arah ke negara lain kerana pesanan-pesanan dari pembeli-pembeli tadi lambat siap dan membuat penghantaran yang lewat.

Selepas habis semua makan-makan, minum-minum, cekik-mencekik, dan selepas mendengar apa yang patut didengar, Bernard Dompok pun di tanya oleh cukong-cukong ini .."How is it TaSri ?". Dengan pantas dia jawab... "Benda ni tak boleh tunggu-tunggu lagi, jangan bimbang saya akan bawa perkara ini ke kabinet rabu depan. Kita akan adakan rundingan meja bulat dengan pihak-pihak yang terlibat, perkara ini mesti diselesaikan dengan segera, jangan bimbang lahh!!!".

Gurkah-gurkah politik di'port' pula ingat apa benda ke yang cukong-cukong ni dok buat kalut sangat. Rupa-rupanya pengeluar-pengeluar perabot ini nak suruh kerajaan buka semula permohonan untuk mendapatkan semula buruh-buruh asing yang telah di-bekukan kerajaan ketika kerisis kewangan lepas, ini kerana buruh-buruh warga asing ini boleh diupah dengan bayaran yang murah untuk industri dan kilang-kilang perabot mereka. Alasan mereka ialah sebabnya orang-orang tempatan tak kan kerja dengan upah atau gaji yang dibayar sebanyak tujuh,lapan ratus ringgit satu bulan disamping bekerja sehingga 10-12 jam sehari itu. Lalu cukong-cukong ini sedang menggunakan Bernard Dompok untuk tolong jolok kerajaan bagi pihak mereka untuk mereka mendapatkan apa yang mereka mahu.

Nota: i help you, you help me !


dollah yankee -
Ada seorang gurkah politik di'port' yang selalu ditugaskan untuk menjaga bekas KSU Kem Dalam Negeri bila ada disini. Gurkah politik ini hairan sebab apa KSU ini dijaga kuat oleh mamak-mamak nasi kandar. Sebabnya bila bekas KSU ini ke mana-mana juga kedai-kedai nasi kandar pelita disini untuk melantak, bekas KSU ini mendapat layanan VVIP (termasuklah gurkah politik ini), ricky..punya ricky.. rupa-rupanya bekas KSU KDN ini adalah salah seorang 'director' di Pelita Nasi Kandar Sdn.Bhd. dengan elaun tak kurang 15 ribu sebulan. Bekas KSU KDN ini dilantik sebagai 'director' sebab semasa berkhidmat di KDN dulu, kedai-kedai nasi kandar Pelita dan kedai-kedai nasi kandar yang lain ini tidak akan ada masalah untuk mendapatkan buruh-buruh asing dari India untuk bekerja di kedai-kedai nasi kandar mereka sampai sekarang ...

No comments:

Post a Comment