suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Thursday, July 15, 2010

Banci 2010: Biro tak 'train' ke tukang-tukang banci ni?!


Kita semua tentu tertanya-tanya berapa banyak perbelanjaan duit kita yang kerajaan telah keluarkan untuk menjalankan proses Banci 2010? Jawapannya tak tau, tetapi rakyat boleh agak yang perbelanjaannya memang besar untuk menjalankan 'survey' ini.

Apa yang gurkah-gurkah politik di'port' paham, maklumat-maklumat yang diperolehi ini akan digunakan untuk menilai keadaan hidup rakyat, terutamanya yang miskin dan yang terpinggir.

Ada gurkah-gurkah politik d'port' telah meluahkan rasa marah mereka dengan sikap pemalas tukang-tukang banci ini yang terdiri dari budak-budak muda.

Sebabnya ialah tukang-tukang banci ini hanya bertanyakan cuma beberapa soalan yang penting saja, seperti berapa orang yang tinggal dalam rumah itu, nama-nama orang yang tinggal dalam rumah itu, kerja atau menganggur dan satu dua lagi soalan yang ringan-ringan.

Apa yang gurkah-gurkah politik di'port' ini paham ialah, tukang-tukang banci ini perlu bertanya lebih kurang 72 soalan semuanya. Jadi gurkah ini sudah bengang dan kecewa dengan sikap tidak bertanggung jawab tukang-tukang banci ini.

Nak kata mereka ini pemalas tak nampak pula muka-muka ini jenis yang baloq (malas), tapi mungkin juga sebab penat kot, kena naik tangga dan turun tangga rumah-rumah flat.

Apa yang gurkah-gurkah ini harap ialah pihak yang bertanggung jawab dalam hal banci membanci ini kena ambil perhatian ini sebab yang di guna itu dauit rakyat.



dollah yankee -
tukang banci yang datang banci di rumah aku, bercakap pun tergagap-gagap..

1 comment:

  1. alamat sume dah ada jadi buat ape nak tnya semua soalan yg confirm kite dah tahu. Sila semak semula soalan dalam e-cencus untuk mengetahui soalan yg patut di tanya atau tidak patut. Ataupun u sendiri pergi banci sendiri n feel it by urself, samaada u gagap atau pun u malas. jgn ckp je pandai.

    ReplyDelete