suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, July 30, 2010

Anwar jadi PM, RM1 trillion FDI menunggu.

Laporan UNCTAD World Investment Report untuk Malaysia pada tahun 2009 jatuh 81%. Penurunan itu telah menjadikan Malaysia yang paling rendah diantara negara-negara Asean dan ianya amat membimbangkan.
(Gurkah-gurkah politik di'port' bimbang takut-takut terpaksa ke Myanmar untuk cari kerja)

Biarlah menteri-menteri umno, MP umno atau pun mana-mana Ketua Bahagian umno tak bimbang dan tidak rasa apa-apa, gasak la !, tetapi ianya begitu menakutkan gurkah-gurkah politik di'port'.

Tapi macam biasa lah..nada menteri-menteri umno ni.."the numbers are important for many people and are correct, however it did not paint the whole picture"..
(masih lagi nak sapu masuk bawah karpet).

Memang la makcik pakcik kat felda-felda,kat kampong-kampong tak tau apa bala yellow FDI ini, jadi mereka tidak perlu bimbang.

Kita sedang menghadapi satu persoalan ekonomi yang serius, tapi gurkah-gurkah politik di'port' ini berani bertaruh potong telinga yang kalau kita semua keep asking pemerintah, tanya macam-macam berhubung permasaalahan ini, mereka pasti tidak akan suka, silap haribulan kita akan dituduh cubaan menghasut.

Apakah kerajaan hari ini sudah melakukan yang terbaik untuk menjual dan memasarkan Malaysia?
(Sebab sekarang ini sudah tak dengar mereka keluar melakukan rombongan perdagangan kemana-mana, yang ada cuma rombongan bershopping)


dollah yankee-
Tertanya-tanya apakah kita dapat melihat semula hari-hari gemilang kemasukan FDI sepertimana 10-15 tahun dulu?

No comments:

Post a Comment