suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, July 16, 2010

'Ada lori ada bas, dok tunggu hari kami nak balas !


GEORGE TOWN: Pagi-pagi ini semua orang rakyat dibawah melompat berikutan dengan kenaikan harga bahan-bahan asas keperluan untuk rakyat hidup.

Persatuan Penjaja Pulau Pinang yang hampir 99% ahlinya yang terdiri dari peniaga dan penjaja minuman dan makanan orang-orang cina pula, awal-awal pagi juga telah memberi amaran kepada pengguna dan pelanggan mereka dengan berkata, harga minuman dan makanan akan dinaikan kerana semua mereka menggunakan bahan gula dalam makanan dan minuman.

Kenaikan 25 sen per kilo adalah terlalu kejam, gurkah-gurkah politik di'port' kata "this is too much!".

Manakala tokey-tokey kedai minum pula kata.." dah laa margin untung kita sudah menipis dan dah jadi kecik, jadi untuk menjaga pendapatan kami dan mereka, harga mesti dinaikan..".

Mamak-mamak kedai nasi kandar pula, buat-buat terkejut!, sebab persatuan mereka inilah yang kuat sangat sokong BN/umno, lalu cuba-cuba juga nak jek pengguna dengan berkata.." ini pasti membebankan rakyat..", tapi dalam hati syok tak terkira sebab lagi kerap boleh balik India.

Tokey-tokey sayur pula kata kenaikan harga minyak pula akan menyebabkan tokey-tokey lori tak tunggu lama untuk menaikan kos-kos untuk nak angkut sayur-sayur itu.



dollah yankee -
Elok sangat laa tuu..dalam parti sendiri dok bergaduh riuh rendah, bagi pulak rakyat di-bawah mengamuk marah, kondem pula hero kami Anwar Ibrahim, kutuk pulak parti kami Pakatan Rakyat, maka jadi lah 'Ada lori, ada bas. Dok tunggu hari kami nak balas!'

1 comment:

  1. Kalau asik mengangkang kat kedai mamak tu memanglah mamak selalu balik India. Tak naik harga gula pun mamak antar balik duit jugak. Lepas tu kena penyakit obesiti, kencing manis, darah tinggi dan macam-macam lagi. Minta pula kerajaan sediakan perkhidmatan hospital yang lebih baik sebab selalu sakit.

    Tang minyak tu walaupun terasa sikit tapi taklah teruk sangat. Kalau setakat pakai kereta kancil, wira, saga, kenari dan sebagainya berapa sangatlah bezanya. Lainlah kalau pakai BMW, Mercedes, Volvo, Camry dan yang sewaktu dengannya. Duduk KL pun makan nasi kandar kat Georgetown (Mamak anta lagi duit balik India).

    Cuba-cuba duduk rumah rehat dengan anak bini supaya tau DI MANAKAH ANAK ANDA BERADA SEKARANG. Minum air ECPI ke, RXwater ke sambil lepak tengok bola atau sembahyang jemaah dgn keluarga. Kalau nak ke surau pun boleh guna basikal. Itupun kalau setakat 10 langkah tak payahla.

    Untuk ganti, mintak kerajaan bagi:
    1. Sekolah free tanpa yuran supaya tak pening kepala.
    2. Tambah subsidi elektrik supaya terang anak-anak belajar kat rumah.
    3. Bagi subsidi bus sekolah supaya kurang tambang. Takyah guna kereta menjalar hantar anak.
    4. Tambah bantuan kepada penternak, pekebun kecil, nelayan supaya produk makanan sihat lebih murah.
    5. Kurangkan cukai MPV/SUV untuk persendirian supaya senang nak bawak keluarga berjalan.
    6. Bagi subsidi pada perkhidmatan awam termasuk komuter, bas, lrt supaya lebih murah.

    yang perlu naik lagi untuk dijadikan bahan mewah:
    1. Naikkan lagi cukai hiburan seperti karaoke, dangdut, kelabmalam dan sewaktu dengannya supaya hanya yang memang nak membazir duit boleh pegi sana.
    2. Naikkan lagi cukai minuman keras supaya yang memang nak mampus tergolek dijalan boleh membebel mabuk
    3. Naikkan lagi cukai rokok supaya pekebun tembakau di Kelantan dapat untung bila perokok beralih kepada rokok pucuk/gulung.
    4. Naikkan cukai kereta sport, kereta berkuasa tinggi.

    Kalau PR mentadbir pun aku nak benda yang sama gak sebab sapa tuan punya kilang oren, bir, rokok, biskut dan sebagainya yang juga menggunakan kenderaan selain barang-barang kawalan.

    suka makan sukun/ubi goreng sebab lagi sedap makan yang digoreng tanpa tepung

    aku memang bingai

    ReplyDelete