suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, July 06, 2010

360 minit akan datang, orang tak baca, tak cerita pasal politik.


Pagi ini gurkah-gurkah politik di'port' telah bawa dua berita. Berita yang tak dapat dikesan dan tak dapat dilapurkan oleh 'press' ialah bila sahabat-sahabat gurkah-gurkah politik di Jabatan Parit dan Tali air ini terpaksa kerja over-time selepas Brazil kalah pada Holland pada suku akhir world cup dan juga Argentina yang kalah pada Germany. Overtime-time sebab terpaksa mencari 2 mayat yang telah bunuh diri kerana tidak dapat bayar hutang along selepas tewas teruk dalam pertaruhan untuk dua game world cup itu.

Banyak 'bookie' disini telah buat untung besar pada dua perlawanan suku akhir itu sebab 'punters-punters' ini sudah tak sangka yang 'cempedak sudah menjadi nangka' bila 2 team terbaik dunia itu terpaksa berputih mata.

Dengan hanya tinggal empat lagi baki perlawanan untuk main, gurkah-gurkah politik di'port' ini menjangka yang lebih ramai lagi akan terlibat dan ambil bahagian dalam pertaruhan separuh akhir dan akhir yang akan datang.

Ramai yang sebelum ini yang hanya mengambil bahagian dengan melihat permainan itu dari tepi, kini dijangka akan 'join sekaki' untuk mencuba nasib mendapatkan wang segera, manakala sebahagian yang sebelum ini telah kalah teruk dijangka akan menggandakan pertaruhan mereka untuk kutip balik modal yang telah hilang.

Maklumat dari gurkah-gurkah politik di'port' ini juga kata yang dua tiga kawan-kawan tokey judi yang mereka kenal telah membuat untung besar, dan salah seorang cina kawan baik mereka yang merupakan 'bookie' kecil-kecilan atau 'bookie' anak ikan bilis telah untung sampai 1 juta pada dua perlawanan suku akhir itu.

Nota: Disini ada juga orang-orang melayu yang 'join' untuk bertaruh tetapi bilangannya terlalu kecil, 1/10.


dollah yankee -
Tak dengaq pula pihak polis buat 'raid' tehadap 'bookie' pada dua perlawanan suku akhir itu.

No comments:

Post a Comment