suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Wednesday, June 09, 2010

Tun Mahathir juga yang pandai sekolahkan si Israel




Pagi ini gurkah-gurkah politik di'port' bagi 'tribute' dekat Tun Mahathir berhubung dengan tindakan tentera komando Israel yang telah menghalang, meng'ambush' dan merampas dua kapal bantuan kemanusiaan yang sedang dalam perjalanan ke Semenanjung Gaza.

Yang membuat gurkah-gurkah ini tabik springgg dan tunduk hurmat kepada hero tua yang umurnya dah lebih 80 ini ialah, Tun Mahathir telah berjaya menarik perhatian dan mengejutkan satu dunia dengan tindakan tentera Israel itu. Dan ternyata tindakan Tun yang menghantar bantuan itu tetapi telah dihalang oleh tentera Israel telah membuatkan mata satu dunia terbeliak.

Mana tak terbeliak,Tun Mahathir sebenarnya sudah dapat tahu dan sudah dapat baca apa risiko dan apa yang akan berlaku dan apa yang akan dilakukan pihak tentera Israel terhadap kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.

Gurkah-gurkah politik di'port' pula mengandaikan yang Tun selaku Chairman PGPO pasti mengarahkan MV rachel Corrie meneruskan perjalanan mereka ke Gaza selepas kapal pertama Mavimarmara telah diserang.

Dan memang benar, dengan tindakan dan bantuan Tun Mahathir dan Perdana Global Peace Organisation untuk membantu penduduk Gaza dengan menghantar bantuan 1000 tan bekalan ubatan dan bahan-bahan pembinaan itu, dan telah dirampas tentera israel menyebabkan nama Tun Mahathir dengan misi keamanan PGPO itu menjadi tatapan dan perhatian dunia sejak minggu lepas.

MV Rachel Corrie (Ibrahim Ali kata Rochie,bukan Rachel..kah..kah..kah.. "Woitt Pak berahim ! Rochie tu ubat bedengung laa..!")telah didaftarkan di Ireland dan telah dibeli dengan menggunakan dana yang ditubuhkan oleh Tun Mahathir sendiri dan telah dinamakan sempena dengan nama seorang aktivis yang telah dilenyek oleh bulldozer tentere Israel di Gaza pada tahun 2003.

Nota: Tun Mahathir telah menolak permintaan apabila ada cadangan mahu menamakan kapal itu MV Tunmaha ketika mahu didaftarkan.


dollah yankee -
Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, hari ini jadi sebutan dunia sebab Mahathir dengan misi keamanan dunianya manakala Anwar pula di label sebagai anti yahudi. Gurkah-gurkah politik di'port' pula hanya respect dua orang ini... orang lain semua suck!!!

2 comments:

  1. ek ele mahader..zaman dia dululh yg bnrkn pasukn kriket Israel jjk kaki kt sini...mmg dasar penipu betul..(blh parking blg ni tak,(justice for all)

    ReplyDelete
  2. bolehhh..no hal. dah pun bagi satu lot parking..bawah bumbung lagiii...

    ReplyDelete