suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, June 22, 2010

Sukar untuk BN/UMNO...ini adalah penomena luar biasa.

Bekas Bendahari umno Malaysia, Daim Zainudin pun tidak terlepas melahirkan rasa bimbangnya berhubung dengan sokongan rakyat Malaysia kepada parti Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini bila dia kata "..tough for BN and it's a strange phenomenon".

Gurkah-gurkah politik di'port' 'hot' bila tengok tv Najib yang terlampau seronok, senyum sampai ke-telinga bila laporan dari merdeka center dalam laporan kaji selidik mereka bulan lepas mengenai populariti Najib sebagai PM dimana 'rating'nya telah naik dari 69% ke 72%.

Beberapa hari selepas laporan itu keluar Najib pula membuat kenyataan yang tarikh PRU-13 akan membuat semua orang terkejut. Lepas tu disusuli dengan bermacam-macam keyataan lagi termasuk kenyataan Mahyudin, semuanya berhubung kait dengan dakwaan sokongan-sokongan yang diterima dari rakyat kepada BN.

Tak kurang juga kenyataan-kenyataan yang berbaur angan-angan,cita-cita,serta kenyataan berbentuk perang saraf untuk merampas semula Penang dan 3 lagi negeri lain yang telah hilang semasa Mac 2008 dengan mendakwa yang rakyat akan mengembalikan semula 4 negeri itu kepada BN.

Tup-tup rakyat di-Penang, bukan sahaja yang menyokong kerajaan PR tetapi juga dari ahli-ahli umno sendiri yang pada masa ini sedang rancak dengan persidangan di cawangan dan di bahagin-bahagian, dimana dalam ucapan-ucapan tangguhan mereka dalam persidangan itu telah 'counter' kenyataan-kenyataan dari Najib dan Mahyudin itu tanpa disedari dengan mengatakan adalah mustahil untuk BN memenangi dan mengambil semula Penang dan 3 negeri lain jika 'state election' dipanggil awal.

Hanya keajaiban saja yang membolehkan BN merampas semula Penang dari kerajaan PR yang telah pun membuktikan yang mereka telah melakukan kerja dan tugas dengan sangat baik sejak Mac 2008.

Dengan kemajuan yang telah ditunjuk oleh kerajaan PR dalam mentadbir negeri ini, BN/Gerakan yang diketuai oleh Koh Tsu Koon dan umno oleh Zahid Hamidi telah dilihat hilang arah dan tidak berpeluang langsung untuk memikat semula hati rakyat Penang baik orang-orang cina, melayu mau pun india.

Tanyalah, buatlah 'survey' banyak mana pun, cuba lah 'interview' 10 orang , 9 orang akan jawab PR bagus, 9 orang akan bagi jawapan kata PR memang baik walaupun baru 2 tahun pemerintahan tetapi pencapaian dan dasar-dasar mereka diluar jangkaan, tak sangka begitu baik, memuaskan hati dan adil.


dollah yankee -
Jangan tanya,jangan 'survey' dekat gurkah-gurkah politik di'port' sebab naya kawan tu akan kena hampud!

No comments:

Post a Comment