suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Tuesday, June 01, 2010

Proposal Asas Serba: Berani potong telinga,mesti ada udang disebalik mee!

Menurut satu dua blog yang diziarah, kabinet dijangka mengumumkan keputusan mereka esok berhubung dengan proposal syarikat Asas Serba untuk mengambil alih lebuhraya bertol dengan harga RM50 bilion.

Gurkah-gurkah politik di 'port' pula sudah nampak yang walaupun tawaran ini cukup menarik ... kalau atas kertas laa ..!, namun mereka tetap was-was dan berani bertaruh untuk potong telinga yang proposal ini sudah nampak lain macam sepertimana 'ada udang di sebalik mee'.

Ini kerana Asas Serba ini adalah sebuah syarikat yang tak dikenali tetapi didalangi oleh tokoh korporat dan individu-individu terkenal yang di gelar rakyat marhain sebagai 'penyamun tarbus'.

Syarikat tersebut dalam proposal mereka telah membuat kira-kira yang mereka akan mengurangkan kadar tol untuk kemudahan rakyat Malaysia sehingga 20%... woww..!

Mana-mana kerajaan pun dalam dunia ini terutama yang nak menghadapi pilihanraya macam kerajaan APCO-APNO, pasti akan memikirkan dengan serius dan sepenuh hati dengan tawaran yang dicadangkan oleh syarikat Asas Serba ini.

Modal syarikat ini dalam proposal mereka ialah mengurangkan kadar tol demi kesejahteraan rakyat Malaysia dan tidak akan ada kenaikan kadar tol sehingga tahun 2038.



dollah yankee -
Bila ditanya kenapa berani bertaruh sampai sanggup potong telinga? Sifirnya cukup mudah ... value yang di tawarkan RM50 billion, kalau jadi, kerajaan kena upfront sikit untuk mereka ini bernyawa.

Upfront sikit dari RM50 billion? Boleh bayangkan sendiri berapa banyak daa..

Kah..Kah..Kah.. kontraktor lain kalau nak start projek kena cari duit macam nak mamposs !! tetapi Asas Serba belum start lagi duit dah masyukkk bukan million tapi billion..!!, lepas tu nanti tolak pula projek tu dekat orang lain ..!

1 comment: