suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Sunday, June 13, 2010

PAS sudah 2 langkah ke-depan untuk memenuhi impian "PAS For All"


Kalau kita semua ingat, baru saja tahun lepas semasa dalam satu majlis anjuran PAS, ada sekumpulan kecil 'hardcore' PAS yang menganggap diri mereka sebagai kumpulan penentang dalam PAS yang akan membetulkan apa yang tidak betul dalam PAS telah mengecam pemerhati-pemerhati dan pemberita-pemberita wanita yang bukan islam kerana kehadiran mereka pada majlis itu telah tidak menutup kepala dan pakaian mereka dikatakan tidak memenuhi kehendak kumpulan ini.

Insiden itu berlaku pada tahun lepas di muktamar PAS di-Shah Alam, dimana pada muktamar itu juga sesetengah perwakilan telah banyak melepaskan geram mereka dengan mengkeritik secara terbuka Pakatan Rakyat, terutamanya rakan gabungan PR iaitu DAP, juga yang tidak terlepas diserang ialah Anwar Ibrahim sendiri.

Tetapi pada muktamar kali ini di-PUTIK di-Kota Bahru, pemimpin-pemimpin PAS termasuk mereka yang dalam kumpulan ulama konservatif atau Dewan Ulama telah menghamparkan permaidani hijau untuk menyambut penyokong-penyokong dan rakan-rakan bukan islam lelaki dan wanita dengan hati yang terbuka dan penuh keiklasan.

Ulama konservatif ini juga pada muktamar tahun ini bercakap tentang perlunya menyediakan kelas-kelas pembelajaran bahasa mandarin untuk ahli-ahli PAS mendekati rakyat bangsa cina.

Pada muktamar kali ini juga sayap baru dalam PAS iaitu Dewan Perhimpunan Penyokong PAS telah ditubuhkan dengan resminya dan sehubungan dengan itu PAS juga telah mencadangkan agar calon bukan islam diletakan untuk membawa lambang PAS pada pilihanraya umum ke-13 tahun depan.

Dengan perkembangan ini, kita tidak dapat menyalahkan sesiapa jika dua langkah PAS yang ke depan ini terlalu cantik bak kata orang putih "Too Good To Be True". Langkah ini lah yang telah menakutkan UMNO/BN kerana tercari-cari apa formula yang Nik Aziz pakai sehingga pemikiran ulama konservatif tadi telah bertukar hanya dalam masa satu tahun.

Gurkah-gurkah politik di'port' pula telah berpendapat yang Nik Aziz lah yang merupakan master mind untuk menyedarkan golongan ulama konservatif ini tentang realiti politik berbilang kaum dan berbilang bangsa dan juga merupakan orang yang telah banyak melakukan perubahan dalam perjuangan PAS terutama dasar-dasar mereka yang dah lapuk seiring dengan kemajuan dan kebijaksanaan rakyat berpolitik.


BRAVO !!! TG Nik Aziz ...

dollah yankee -
Teringin sangat nak berjumpa dengan Nik Aziz 'face to face'...

1 comment:

  1. Adakah sertai PAS menjadi Kafir dan Haram.

    KOTA BHARU 11 Jun – Sah, bukan Islam akan dibenarkan bertanding atas tiket Pas menggunakan logo parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas kemungkinan akan mengenakan syarat dengan bakal-bakal wakil rakyat itu sebagaimana ‘bai’ah’ agar tidak berlaku gejala melompat parti.

    Katanya, kebenaran calon bukan Islam daripada ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding itu diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas sebuah badan tertinggi dalam parti.

    “Ingin saya umumkan bahawa Majlis Syura parti telah memutuskan untuk membenarkan calon bukan Islam daripada DHPP dibenar untuk menggunakan logo parti dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.


    Ogos 1963
    “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram." - Dewan Ulama PAS

    adibeta,
    layarbiru15@gmail.com
    kubang kerian,kel

    ReplyDelete