suara rakyat suara keramat

suara rakyat suara keramat
Kerajaan sepatutnya takut kepada rakyat. Bukan rakyat yang takut kepada kerajaan

Friday, June 18, 2010

Kalau ikut cakap dia, kita makan kuah, dia makan isi

Ini statement dari menteri yang bukan pikir guna dari kepala otak, tapi pikir guna kepala bu***

Sedang marah gurkah-gurkah politik di'port' masih belum reda berikutan dengan ura-ura kerajaan bercadang mahu menghapuskan subsidi dimana ia akan membebankan rakyat-rakyat dalam golongan bawahan dan pertengahan, ketika hati masih panas akibat kenaikan kos sara hidup yang naik hampir tiap hari, ini Menteri Raja Nong Chik telah menambahkan bara dengan kenyataan yang menambahkan sakit hati bila dia suruh rakyat yang didalam golongan bawahan dan pertengahan ini supaya kurangkan isi perbelanjaan.

Dia suruh kita semua dalam golongan ini supaya jangan menonton siaran tv yang berbayar, dia suruh kita jangan guna kereta sebab dia kata maintainance kereta adalah satu beban untuk kita. Dia suruh kita semua duduk dikawasan-kawasan yang murah, dikawasan rumah-rumah pangsa DBKL yang sewa cuma RM 124 sebulan.

Jadi bila gurkah-gurkah ini pikir-pikir, makna kata kita semua kena berkorban untuk mereka. "Kita makan kuah, dia makan isi". Cantik..memang cantikkk sangat-sangat...


dollah yankee -

No comments:

Post a Comment